Skip to main content
UMP EDGE HEADER

Separator
 

Aluan Presiden

Auriez

Bismillahirrahmanirrahmim

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya meraikan warga maya yang melewati laman sesawang Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (SEJAHTERA), Universiti Malaysia Pahang(UMP).

Tanggal 8 Oktober 2019, SEJAHTERA UMP telah secara rasminya tertubuh dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ahli yang terdiri dari segenap lapisan staf yang berkhidmat di UMP. Keahlian SEJAHTERA UMP terbuka kepada semua staf tanpa mengira latar belakang skim perkhidmatan dan jawatan. Selain daripada hal ehwal kebajikan, SEJAHTERA UMP juga menggerakkan peranan lain seperti berikut:

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

Sumbangan kepada ahli SEJAHTERA bagi bulan Disember 2020

Auriez

Alhamdulillah dengan izin dari-Nya , serahan sumbangan kepada ahli SEJAHTERA bagi bulan Disember 2020 telah dapat dilakukan. Jumlah keseluruhan yang menerima sumbangan bagi bulan Disember adalah seramai sepuluh orang staf. Sumbangan ini melibatkan kemasukan staf ke wad, staf kemalangan jalan raya, kelahiran anak pertama dan perkahwinan pertama.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Kolumnis PIMPIN : Arak Haram Diharamkan

Auriez

Saya rasakan topik arak sangat sensitif kerana ramai mangsa telah menjadi korban. Ia bukan perkara baharu. Malah hari ini telah menjadi permainan politik untuk memperoleh merit. Mereka menggunakan statistik kes kemalangan dan jenayah sebagai sebab untuk menghapuskan arak.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

ICT Sharing : Hasilkan Slaid Sidang Dalam Talian Cara Mudah

Auriez

Pengenalan

Jika anda menyertai Webinar anjuran UMP, kebiasaannya anda akan melihat paparan slaid seperti di atas dipaparkan di dalam sidang video sebelum Webinar dimulakan. Slaid ini memaparkan maklumat berkaitan program, etika persidangan video dan juga pendaftaran Webinar.

Bayangkan satu hari anda diarahkan untuk menguruskan seminar adalam talian dan anda perlu menyediakan slaid pembukaan seminar seperti di atas. Anda ada pilihan sama ada perlu buat slaid kosong atau edit slaid yang telah siap. Majoriti pasti akan memilih untuk edit slaid yang telah siap tetapi persoalannya di mana untuk mendapatkan slaid yang telah siap?

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Pemakluman : SEJAHTERA terima peruntukan khas universiti

Auriez

PEKAN, 27 November 2020 – Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (SEJAHTERA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ditubuhkan pada 8 Oktober 2019 akan menerima peruntukan khas universiti bagi melaksanakan aktiviti sosial, sukan, kerohanian dan kebajikan bagi ahlinya.

Menurut Pekeliling Bendahari Bil. 6 Tahun 2020 yang telah dikeluarkan, UMP bersetuju untuk menyediakan peruntukan khas tersebut dan ia tertakluk kepada kadar dan syarat yang ditetapkan sebagai mana Pekeliling Perbendaharaan WP8.1 Peruntukan Khas Kerajaan Kepada Kelab Kebajikan dan Sukan iaitu SEJAHTERA.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Artikal Pilihan : Sejenak bersama Prof. Ts. Dr. Ruzaini Abdullah Arshah

Dari Kaca Mata Timbalan Presiden Sejahtera

Sejenak bersama Prof. Ts. Dr. Ruzaini bin Abdullah Arshah

Oleh:

Abd. Hamid Majid
Timbalan Presiden SEJAHTERA

Sejak pertama kali bertemu dengan insan yang bernama Ruzaini sekitar tahun 2016, iaitu semasa saya baharu lagi di UMP, saya tertarik dengan perwatakan belau yang sering tersenyum dan lemah lembut dalam tutur bicara. Saya dapat rasakan beliau seorang yang berilmu, kerana bak kata perpatah, orang yang berilmu itu ibarat padi, semakin berisi semakin merunduk.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Aktiviti Sejahtera : Sumbangan Kebajikan Ahli Sejahtera

Auriez

PEKAN, 9 Oktober 2020 – Serahan sumbangan kebajikan ahli yang telah diuruskan oleh Biro Kebajikan SEJAHTERA yang diketuai Mohd Hafiz Mamat Izaha.

Ahli-ahli layak membuat permohonan sagu hati kemasukan wad dan kelahiran cahaya mata pertama yang merupakan manfaat keahlian SEJAHTERA UMP.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Aktiviti Sejahtera : Majlis Ramah Mesra

Ramah mesra Sejahtera bersama ahli

PEKAN, 7 Oktober 2020 – Satu Majlis Ramah Mesra bersama penerima-penerima manfaat telah diadakan bertujuan merai dan menghargai ahli-ahlinya.

Ahli-ahli yang menerima manfaat adalah mereka yang telah bersara dari perkhidmatan UMP, kelahiran anak, sagu hati kemasukan wad selain sagu hati perkahwinan pertama.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Artikal Pilihan : Menambah Kapsul Rajin Pada Diri

Research

MENAMBAH KAPSUL RAJIN PADA DIRI

Oleh:

Paridah Mohd Ali

 

Apa yang anda rasa apabila ada yang memuji anda bahawa anda seorang yang rajin? Pasti terasa amat bangga dan gembira dengan pujian itu. Namun bagaimana pula jika anda dilabelkan sebagai malas? Tentu rasaya tidak selesa dan marah bukan? Malas akan menyebabkan kita mudah berasa selesa dengan keadaan diri kita, persekitaran kita serta gerak kerja kita. Kita sukar untuk melakukan perubahan kerana yakin itulah nasib dan takdir hidup kita. Sedangkan Islam mengajar ummatnya untuk berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah , Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya. Maka pilihan untuk menjadi rajin atau malas adalah dalam tangan kita sendiri.

Bayangkan jika kapsul rajin ini boleh dibeli di mana-mana farmasi dan kedai ubat , saya pasti jualannya amat laris. Ini kerana, kapsul hanya perlu diambil apabila anda mahu menjadi rajin dan disimpan apabila anda malas. Jadi, sebagai seorang siswa, masa yang sangat sesuai untuk mencari kapsul ini ialah semasa menghadapi peperiksaan dan menyiapkan tugasan. Pasti kapsul ini lebih laris berbanding kapsul ubat kuat yang sering diiklankan dalam televisyen dan Internet. Malahan semua ibu bapa perlu menyediakan bajet khas untuk membeli kapsul ini untuk anak-anak mereka terutama yang akan menghadapi peperiksaan tetapi adalah satu khayalan dan impian Mat Jenin semata-mata.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Aktiviti Sejahtera : Kunjungan Muhibbah bersama ahli yang ditimpa ujian

Kunjungan Muhibbah Sejahtera

Kuantan, 14 Julai 2020 – Rombongan SEJAHTERA yang diketuai Timbalan Presiden mengunjungi Pengurus Kanan JHEPA Puan Haryani Abdullah yang kematian suami iaitu Allahyarham Profesor Madya Dr. Mohammad Rozi Hasan.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Aktiviti Sejahtera : SEJAHTERA prihatin salurkan bantuan kepada ahli yang kematian ahli keluarga

Ziarah Keluarga Arwah Zairie

KUANTAN, 11 Mac 2020 – Rombongan Jawatankuasa Eksekutif(JKE) SEJAHTERA telah mengadakan kunjungan mahabbah ke rumah Pengawal Keselamatan Puan Suhaili Mohamad balu kepada Allahyarham Pengawal Keselamatan Zairie Zahari yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mac 2020.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Artikal Pilihan : Perubahan Itu Pilihan Kita

Research

PERUBAHAN ITU PILIHAN KITA

Oleh:

Paridah Mohd Ali

 

Catatan ini saya coretkan apabila usai melihat pelajar-pelajar baharu yang mendaftar ke UMP. Tahniah dan syabas buat mereka yang berjaya melangkah masuk ke alam baharu iaitu alam universiti. Ia adalah satu alam baharu buat mereka yang baharu sahaja meninggalkan alam persekolahan. Mungkin akan ada dalam kalangan mereka yang mengalami kejutan budaya. Maklumlah sepanjang hidup tidak pernah terpisah dengan ibu bapa dengan jarak yang jauh dan tempoh yang lama. Maka, akan adalah yang mengalami ‘home sick‘ terutama mereka yang tinggal nun jauh di utara mahupun selatan apatah lagi yang menyeberangi Laut China Selatan iaitu Sabah dan Sarawak.

Tetapi jangan hairan yang tinggal di bandar Kuantan juga kadang-kadang akan mengalami sindrom ini juga kerana mungkin tidak pernah berkongsi bilik dengan orang lain. Saya pernah mendapat klien yang agak sukar menyesuaikan diri untuk tinggal di kolej kediaman yang memerlukan dirinya berkongsi dengan orang lain kerana di rumah, beliau mempunyai ruang sendiri. Beliau memohon untuk dapat tinggal bersendirian kerana tidak selesa dengan rakan sebilik. Klien saya merasakan privasinya terganggu apatah lagi beliau perlu menghormati hak rakan sebiliknya yang mungkin tidak begitu sesuai dengan prinsip hidup beliau. Yalah, mungkin rakannya seorang yang suka memasang muzik dengan kuat ketika belajar, mungkin juga suka memasang lampu sewaktu tidur malahan mungkin suka membawa rakan-rakan lain ke bilik.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

 

Mesyuarat : Sekitar Mesyuarat JK Eksekutif SEJAHTERA Kali Pertama

Research

PEKAN, 4 Mac 2020 – Perbincangan pada mesyuarat JKE SEJAHTERA kali pertama memutuskan perkara berikut:

1. Menawarkan saguhati RM100 kepada staf kontrak yang telah berkhidmat selama 5 tahun sebelum menamatkan perkhidmatan di UMP;

2. Memohon dana Badan Kebajikan Staf Universiti UMP(BKSU)yang dibekukan dipindah ke akaun SEJAHTERA UMP;

3. Mewujudkan medium permohonan skim bantuan secara dalam talian;

4. Mewujudkan 3 biro baharu di bawah jawatankuasa iaitu:

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

Mesyuarat : Siaran Media pasca mesyuarat Agung Pertama

Pasca Mesyuarat Agung

PEKAN, 21 Januari 2020 – Hasil daripada mesyuarat pertama memutuskan perkara berikut:

1. Objektif penubuhan SEJAHTERA bermatlamat untuk menyatukan semua staf UMP di bawah satu bumbung.

2. Hasil penubuhan ini membolehkan pihak universiti menyalurkan semula geran padanan bagi tujuan kebajikan dan aktiviti ahli serta membolehkan model kebajikan staf yang dibangunkan oleh Badan Kebajikan Staf Universiti (BKSU) yang lalu ditambah baik.

3. Kadar Yuran Bulanan Keahlian adalah mengikut kumpulan perkhidmatan iaitu Pengurusan Tertinggi RM10, Pengurusan dan Profesional RM5 dan Sokongan RM3.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

 

Mesyuarat : Sekitar Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SEJAHTERA UMP & Bicara Khas Cendekiawan Mulia

Research

PEKAN, 21 Januari 2020 – Seramai hampir 300 orang hadir Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SEJAHTERA kali pertama yang bertujuan untuk menghimpunkan ahli-ahli dan melantik Ahli Jawatankuasa Eksekutif(JKE) bagi sesi 2020/2022.

Mesyuarat kali ini dimeriahkan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Qalb al-Salim: Muafakat Membawa Berkat’ yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Pahang Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog Sejahtera UMP--


Separator

FOOTER