Skip to main content

Expoconvo UMP pikat masyarakat masuk kampus

Submitted by azwin on 12 November 2018

KUANTAN 11 Nov. - Pesta konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu Expoconvo yang memasuki edisi ke-13 sempena konvokesyen universiti itu yang bermula semalam mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung dan masyarakat setempat.

Pengarah program, Siti Aisyah Dermawanshah berkata, bertemakan ‘Recalling Memories’, Expoconvo kali ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik di samping mengajak alumni kembali ke kampus untuk bersama-sama memeriahkan pesta itu.

 

Aplikasi UMP Valid8 diperkenal dalam konvokesyen ke-13 UMP

Submitted by azwin on 10 November 2018

KUANTAN 9 Nov. - Buat pertama kali, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggunakan aplikasi UMP Valid8 berasaskan teknologi kod respon pantas atau Kod QR bagi memastikan ketulenan sijil graduannya sempena Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang berlangsung dua hari bermula esok di kampus Gambang di sini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, teknologi itu yang diperkenalkan pada sesi konvokesyen kali ini melibatkan seramai 2,773 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing.

 

2,773 graduan UMP bakal terima diploma, ijazah

Submitted by azwin on 3 November 2018

KUANTAN 2 Nov. – Sebanyak 2,773 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-13 yang dijadualkan berlangsung dua hari bermula 10 November ini di Dewan Kompleks Sukan UMP, Kampus Gambang di sini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sul­tan Ahmad Shah yang juga Canselor UMP dijadual ber­angkat mengurnia­kan ijazah dan anu­gerah kecemerlangan kepada gra­duan sidang pertama.

 

Subscribe to Utusan