Skip to main content

UMP and Haro Sports working together in motor sports vehicle manufacturing

Universiti Malaysia Pahang (UMP) is set to be the first institute of higher learning in Malaysia to have the know-how in manufacturing motor sports vehicle and become the main manufacturer for the Formula Comet.
The university signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Haro Sports and Entertainment Sdn. Bhd. recently that would pave the way for collaborations in automotive engineering and exploring the possibilities that would help expand the motor and racing industry.

Mahasiswa Perlu Berjiwa Besar dan Cintakan Ilmu

Kuantan, 3 September- Mahasiswa perlu mengambil peluang memanfaatkan ruang dalam kampus dengan mengambil bahagian dalam aktiviti kemahasiswaan sama ada berpesatuan mahupun melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum atau badan beruniform. Keseimbangan mahasiswa itu turut bergantung kepada keintelektualan ilmu yang boleh diperolehi dengan menanam sikap rajin membaca buku bagi membina keyakinan terhadap gaya kepimpinan.

Sendirian mendaftar, mahasiswa baharu tidak sangka terima bantuan MyGift

Kuantan, 2 September- Tatkala pelajar baharu yang lain hadir mendaftar masuk universiti bersama keluarga masing-masing, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang pelajar baharu, Siti Hanisah Syed Hassan, 27 yang menaiki bas bersendirian dari Gerik, Perak menuju ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)  bagi menghadiri sesi pendaftaran pelajar baru- baru ini. 

Memuliakan Guru di Era Pendidikan Abad ke-21

Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT. Mulianya manusia, adalah kerana ilmu. Sejak awal penciptaan Nabi Adam AS di syurga, Allah SWT telah mengajar baginda ilmu pengetahuan secara langsung, hingga menyebabkan para Malaikat dan Jin terdiam, walaupun pada permulaannya mereka mempersoal penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

UMP terima pelajar perintis program teknologi kejuruteraan

Kuantan, 2 September– Buat pertama kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima pelajar yang bakal mengikuti pengajian program teknologi kejuruteraan pada sesi kemasukan akademik 2019/2020. Universiti menawarkan tiga program baharu iaitu Sarjana Muda  Sains Gunaan (Kepujian) Analitik Data, Sarjana Muda Teknologi Automotif dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian selaras dengan  tumpuan (focus) terhadap bidang berkaitan kejuruteraan kimia, kejuruteraan automotif dan teknologi kejuruteraan.

Teruja terima bantuan UMP

Kuantan, 2 September- Ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangannya berjaya ditawarkan mengikuti pengajian ke menara gading. Namun, Rohana Rashid, 52, sedikit gusar apabila mengenangkan bayaran yuran pendaftaran serta kenderaan untuk menghantar anaknya bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini.

2 pasangan kembar sambung  pengajian bersama

Kuantan, 2 September- Dua pasang pasangan kembar  mencuri tumpuan apabila antara 1880 mahasiswa yang hadir mendaftar sempena hari pendaftaran mahasiswa baharu Univerisiti Malaysia Pahang (UMP) bagi Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020 baru-baru ini.  

Pasangan kembar tersebut iaitu Muhammad Adham Jamal Akhbar dan adiknya Muhammad Akram Jamal Akhbar,19  serta Safrizal Syazwan bin Zainal Hayat dan Syazwanie Zainal Hayat, 19 tiba seawal jam 8.00 pagi bagi menghadiri sesi pendaftaran.

Kejuruteraan Perniagaan Jerman Kini Di Malaysia

Kejuruteraan Perniagaan merupakan satu cabang baru dalam bidang perniagaan yang ditawarkan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Graduan daripada bidang ini bakal menjadi pemimpin dalam bidang kejuruteraan perniagaan melalui integrasi pengetahuan dan kemahiran kejuruteraan perniagaan dalam menginovasi amalan perniagaan. Mereka juga boleh menjadi pakar dalam bidang logistik, rantaian bekalan dan pengeluaran.

Bergerak bersama pacu keupayaan teknikal negara

Kuantan, 23 Ogos- Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) harus bergerak bersama dalam meningkatkan keupayaan teknikal negara bagi memperkasa bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) seiring dengan keperluan industri berteknologi tinggi di negara ini.

Hasrat ini disampaikan Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr Wan Azhar Wan Yusoff yang bertemu dengan warga kerja UMP bersempena Majlis Syarahan 100 hari Naib Canselor UMP yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.