Harian Metro
Manifestasi jaringan mesra
KUALA LUMPUR: Pembabitan pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu diperhebat bagi memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mohd SharilAbdullah, berkata ia penting untuk memenuhi keperluan industri serta menyelesaikan sebahagian masalah salah padanan atau latihan tidak begitu relevan untuk industri.