Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Pelantikan Baharu


Info Sekitar Kampus

Salur bantuan buat mahasiswa hasil daripada kutipan kompaun

Salur bantuan buat mahasiswa hasil daripada kutipan kompaun

Pekan, 21 Oktober 2020 - Bahagian Keselamatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,956 hasil sebahagian daripada pembayaran kompaun dan denda akibat melanggar peraturan lalu lintas dan tatatertib jalan raya di  dalam kampus buat mahasiswa. 

Sumbangan ini dimanfaatkan mahasiswa menerusi sumbangan ke UMP Food Pantry sebagai membantu kebajikan mahasiswa yang berkeperluan di universiti ini.


Info Sekitar Kampus

UMP terima sumbangan zakat UMPH

UMP terima sumbangan zakat UMPH

Kuantan, 22 Oktober 2020 – UMP Holdings Sdn. Bhd. (UMPH) menyerahkan sumbangan zakat kepada Yayasan UMP sebanyak RM5,000 hasil pembayaran semula 20 peratus daripada zakat perniagaan bagi tahun 2019.
 
Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif UMPH, Ir. Syed Mohamad Hamzah Al-Junid kepada Dekan Perkhidmatan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP,  Profesor Madya Dr. Mansor  Sulaiman yang merupakan Jawatankuasa Pengurusan Yayasan UMP. 


MyGift

Terima bantuan Yayasan UMP disangka panggilan Scammer

Terima bantuan Yayasan UMP disangka panggilan Scammer

Kuantan, 26 Oktober 2020 - “Saya menyangka ia adalah panggilan individu scammer apabila menerima panggilan telefon dan mengatakan bahawa saya terpilih menerima Bantuan Insentif Kecemerlangan Matrikulasi -Yayasan UMP,” demikian menurut mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Fatin Ayu Kartika Mohd Suzaki, 20, yang awalnya meragui panggilan telefon yang diterimanya daripada staf Yayasan UMP.


Info Sekitar Kampus

Jalinan Pejabat SUARA UMP dan Perpustakaan dalam penyebaran ilmu

Jalinan Pejabat SUARA UMP dan Perpustakaan dalam penyebaran ilmu

Pekan, 14 Oktober 2020 – Kerjasama antara Pejabat SUARA UMP dengan Perpustakaan UMP menjadi teras kepada penyebaran ilmu yang berterusan dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menanam sikap rajin membaca.

Menurut Ketua Pustakawan UMP, Azman Abdul Rahim, Perpustakaan sendiri tidak akan mampu menyediakan bahan bacaan termasuk buku, surat khabar, majalah, dan lain-lain lagi untuk memberi khidmat kepada masyarakat awam terutamanya golongan pelajar untuk menimba ilmu tanpa adanya bekalan daripada pusat penerbitan.


Rencana/Artikel Pilihan

Isu Keselamatan: Bersediakah Kita?

Isu Keselamatan: Bersediakah Kita?

Secara amnya, rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia adalah terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pada tahun 2016, statistik jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 31.7 juta orang iaitu merangkumi komposisi jantina lelaki seramai 16.4 juta dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 orang perempuan.


Karya Kreatif


footer pekan review ogos 2020