Skip to main content
header pekan review ogos 2020

MyGift

KPT dan UMP hulur sumbangan bantu keluarga pelajar

KPT dan UMP hulur sumbangan bantu keluarga pelajar

JERANTUT, 5 Februari 2021 - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hadir bertemu dan menyantuni keluarga Allahyarham Uqail Iskandar Zulkernain, pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang meninggal dunia bulan lalu. 
 
Dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan bantuan dan sumbangan daripada pihak UMP, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Takaful, dan sumbangan peribadi sebanyak RM26,850.00 buat keluarga ini. 


Akademik dan Antarabangsa

6 kategori pelajar bagi kemasukan fizikal ke kampus UMP mulai 6 Mac secara berperingkat

6 kategori pelajar bagi kemasukan fizikal ke kampus UMP mulai 6 Mac secara berperingkat

KUANTAN, 5 Februari 2021 - Hanya enam kategori pelajar berkeperluan dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat diteruskan secara efektif.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah bersedia menerima kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus mulai 6 Mac bagi mengikuti pengajian Semester II, 2020/2021 yang dijadualkan bermula 1 Mac 2021 secara dalam talian.


Info Sekitar Kampus

Doa keselamatan dan kesejahteraan buat rakyat Malaysia

Doa keselamatan dan kesejahteraan buat rakyat Malaysia

PEKAN, 4 Februari 2021 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Majlis Bacaan Yasin yang diadakan setiap hari Jumaat menerusi dalam talian menggunakan  aplikasi Google Meet dan Facebook bagi memohon perlindungan daripada penularan wabak  Covid-19 di negara ini.
 


Rencana/Artikel Pilihan

5 tanggungjawab warga UMP terhadap sumber elektronik yang dilanggan

5 tanggungjawab warga UMP terhadap sumber elektronik yang dilanggan

Norma baharu, segalanya digital. Tidak dinafikan keperluan penggunaan bahan sumber elektronik semasa tempoh pandemik yang melanda kini agak meningkat. Kesedaran pengguna untuk mengenali dan menggunakan sumber rujukan elektronik juga semakin menggalakkan. Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang menyokong aktiviti pembelajaran dan kecemerlangan penyelidikan, Perpustakaan UMP telah melanggan beberapa sumber rujukan elektronik untuk kegunaannya.


footer pekan review ogos 2020