Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus

 Memperkasa pentadbir UMP mendepani era digital

Memperkasa pentadbir UMP mendepani era digital

KUANTAN, 6 Mac 2021 - Pentadbir universiti perlu membuat persediaan secara komprehensif dalam era revolusi digital ini untuk terus kekal berdaya saing, merancakkan kemajuan dan mencorakkan kegemilangan dalam landskap pendidikan negara seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025.
 
Penggunaan sistem dan kaedah penyampaian yang berkesan dijangka akan dapat meningkatkan bakat kepimpinan dan kemahiran para pentadbir universiti dalam usaha menyokong pendigitalan kampus universiti.
 


Info Sekitar Kampus

Tarikan baharu inisiatif penghijauan kampus lestari UMP

Tarikan baharu inisiatif penghijauan kampus lestari UMP

PEKAN, 2 Mac 2021 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalankan inisiatif penghijauan kampus melibatkan kawasan penanaman pokok, kawasan hutan dan kawasan lapang yang ditumbuhi tumbuhan semula jadi.

Pada masa ini, sebanyak 27.5 peratus telah digazetkan sebagai kawasan hijau di dalam kawasan kampus.


Info Sekitar Kampus

Pelajar kembali ke kampus UMP berjalan lancar patuhi SOP

Pelajar kembali ke kampus UMP berjalan lancar patuhi SOP

KUANTAN, 6 Mac 2021 - Proses kembali ke kampus bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 6 dan 7 Mac berjalan lancar apabila semua pelajar mengikut prosedur operasi standard (SOP) setelah diberi kebenaran untuk kembali ke kampus secara fizikal.
Mereka ini merupakan antara kumpulan pelajar yang akan menjalani aktiviti melibatkan kerja praktikal, makmal, latihan amali, bengkel dan peralatan khas membabitkan enam kategori yang dibenarkan berdasarkan pengumuman pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.


Rencana/Artikel Pilihan

Menyampaikan Ilmu Kepada Masyarakat: Tugas Istimewa Pensyarah

Menyampaikan Ilmu Kepada Masyarakat: Tugas Istimewa Pensyarah

Umum mengetahui bahawa salah satu dari aspek penting dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah ialah untuk menjalankan penyelidikan. Aktiviti penyelidikan amat penting dalam bidang pengajian tinggi kerana ia mampu menambah baik ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang. Penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah boleh terdiri daripada penyelidikan berbentuk fundamental dan juga aplikasi.


footer pekan review ogos 2020