Skip to main content
header create 110820

Kampus Hijau

Kolaborasi UMP dan UMW tanam 2000 pokok bakau di Cherating

Kolaborasi UMP dan UMW tanam 2000 pokok bakau di Cherating

CHERATING, 13 MEI 2023 – Dengan sasaran untuk menanam sebanyak 300,000 pokok bakau menjelang 2023, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pucuk Hijau (UGS) UMW, Kumpulan UMW meneruskan aktiviti penanamannya di Cherating, Kuantan.  

Dengan kerjasama UMW Toyota Motor dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, Inisiatif Pucuk Hijau UMW merupakan satu usaha di bawah kumpulan untuk menangani isu pelepasan gas rumah hijau (GHG).  


Info Sekitar Kampus

7,000 pelajar hadir Riang Ria Raya UMP

7,000 pelajar hadir Riang Ria Raya UMP

PAYA BESAR, 12 Mei 2023 - Majlis Riang Ria Raya anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) meriah dengan kehadiran lebih 7,000 pelajar menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. 

Majlis mendapat kerjasama Institut Pengajian Siswazah, Pusat Hubungan Antarabangsa dan lain- lain jabatan sokongan, anak syarikat UMP, UMP Advanced dan UMP Holdings serta rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) dan Koperasi UMP. 


Info Sekitar Kampus

4 pasangan suami isteri antara 24 staf UMP dipilih menjadi Dhuyufurrahman

4 pasangan suami isteri antara 24 staf UMP dipilih menjadi Dhuyufurrahman

PEKAN, 25 Mei 2023 – Seramai 24 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menunaikan ibadah haji setelah menerima tawaran untuk menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini. 

Mereka dirai dalam Majlis Doa Selamat anjuran Jabatan Pendaftar yang berlangsung di UMP Pekan baru-baru ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin mengucapkan tahniah kepada staf yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini.


Pelantikan Baharu

Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dilantik TNC (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UMP

Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dilantik TNC (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UMP

PEKAN, 15 Mei 2023 - Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, 46, dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang baharu berkuat kuasa 15 Mei 2023.
 
Pelantikan Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Mei 2023  hingga 14 Mei 2026.


Akademik dan Antarabangsa


Akademik dan Antarabangsa

UMP kongsi kepakaran dalam program literasi robotik di UK

UMP kongsi kepakaran dalam program literasi robotik di UK

UNITED KINGDOM, 18 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melebarkan sayapnya dengan berkongsi kepakaran literasi robotik ke peringkat antarabamgsa menerusi penganjuran Robot Literacy Program with Community in Wales, Cardiff.

Program yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin itu telah disertai seramai 32 pelajar sekolah yang berusia sekitar 10 dan 11 tahun dari sekitar Wales Cardiff.


Penyelidikan dan Inovasi

Pasukan pelajar UMP bertanding di NMEPC 2022

Pasukan pelajar UMP bertanding di NMEPC 2022

MELAKA, 14 Mei 2023 - Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memperkenalkan idea prototaip Hand Obstacle Detector (HOD) dengan memfokuskan kepada penghasilan alat bantuan  berteknologi bagi kegunaan orang kurang upaya (OKU) ketika berjalan memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Teknologi danInovasi di pertandingan National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama institusi pengelola iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Tanggungjawab Sosial Korporat

CSR pembersihan Pantai Pelindung PSM bersama trash hero Kuantan

CSR pembersihan Pantai Pelindung PSM bersama trash hero Kuantan

KUANTAN, 13 Mei 2023 - Seramai 65 Sukarelawan UMP Kilau daripada Pusat Sains Matematik (PSM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam kalangan pelajar Asasi, pelajar Sarjana Muda Analitik Data dan staf membersihkan kawasan Pantai Pelindung yang kerap dikunjungi pengunjung. 

Program yang mendapat kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Trash Hero Kuantan ini berjaya mengutip sebanyak 213.3 kg sampah di sekitar pantai. 


Aktiviti Pelajar

Mahasiswa UMP wakili negara ke Forum Kepimpinan Pelajar Rangkaian Universiti Teknologi Asia 2023

Mahasiswa UMP wakili negara ke Forum Kepimpinan Pelajar Rangkaian Universiti Teknologi Asia 2023

SURABAYA, 17 Mei 2023 - Forum Pemimpin Pelajar Rangkaian Universiti Teknologi Asia (ATU-Net) 2023 yang telah berlangsung di Universitas Airlangga Surabaya Indonesia selaku tuan rumah pada 15 hingga 17 Mei lalu menyaksikan penyertaan dua orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (MPP UMP) iaitu Naib Yang di-Pertua Jabatan Komunikasi Korporat MPP UMP, Ahmad Zulfakhrol Helmi Zamri dan Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Mahasiswa MPP UMP dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) iaitu Muhammad Shafiq Danial Eizmeer Johar.


Rencana/Artikel Pilihan

Tips Berjaya Dalam Temu Duga

Tip Berjaya Dalam Temu Duga

Mahasiswa yang telah tamat pengajian semestinya berasa teruja untuk menempuh alam pekerjaan. Hakikatnya, meneroka peluang pekerjaan adalah atas usaha individu itu sendiri selain mempunyai kelulusan akademik. Pekerjaan itu tidak datang bergolek. Kita yang harus mencari, menyediakan resume dan mempersiapkan diri untuk temu duga. Ilmu untuk mempersiapkan diri untuk ditemu duga adakalanya tidak ada semasa pengajian. Para mahasiswa perlu mengumpul sendiri maklumat apakah persediaan yang perlu dilakukan dan tip yang perlu diikuti agar berjaya dalam temu duga.

FOOTER CREATE JAN 2023