UMPSA, Trash Hero Kuantan dan Alam Flora berjaya bersihkan 67.4 kg sampah
KUANTAN, 25 November 2023 - Pusat Kecerdasan Bahan Termaju (Pusat Bahan), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Trash Hero Kuantan dan Alam Flora Sdn. Bhd. buat julung kalinya berjaya membersihkan 67.4 kilogram sampah dari Pantai Pelindung, Beserah melalui aktiviti pembersihan pantai.
Menurut Pengarah Pusat Bahan, ChM. Dr. Izan Izwan, program itu diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar UMPSA akan kepentingan menjaga kebersihan pantai.