Skip to main content

Chong Wen Kai terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad dan Hadiah Kecemerlangan VDI

PAYA BESAR, 5 November 2022 – Terkejut dan tidak percaya adalah reaksi pertama Chong Wen Kai, apabila mengetahui namanya tersenarai penerima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad dan Hadiah Kecemerlangan Verein Deutscher Ingenieure Award Association of German Engineers (VDI) pada Majlis Konvokesyen UMP Ke-17 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan UMP Paya Besar baru-baru ini.

Remaja berusia 25 tahun itu merupakan penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif dengan Kepujian - Program Kerjasama UMP dengan University of Applied Sciences (HKA), Jerman.

Wen Kai tamat penggajian dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 3.83.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, pensyarah dan rakan-rakan yang memberi sokongan sepanjang pengajian saya di UMP,” ujarnya. 

Wen Kai merupakan anak sulung kepada pasangan Chong Hong Eng, 53 seorang peniaga dan Lim Bee Chin, 51 seorang suri rumah tangga.

Chong Wen Kai terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad dan Hadiah Kecemerlangan VDI

Ketika ditanya tentang rahsia kecemerlangannya, menurutnya, beliau sentiasa membuat persediaan awal, rajin bertanya dan mencari rujukan, memberi komitmen, dan sentiasa fokus. 

Malah beliau juga turut aktif dalam kokurikulum sepanjang pengajiannya di UMP.

Ketika ini beliau berkhidmat sebagai pereka mekanikal di sebuah Syarikat Automasi di Pulau Pinang. 

Wen Kai turut menyimpan cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Harapannya agar UMP akan meneruskan program ijazah dual ini dan program pertukaran pelajar bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar dengan pendedahan pembelajaran di luar negara.

Chong Wen Kai terima Anugerah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad dan Hadiah Kecemerlangan VDI

Selain Wen Kai, Hadiah Kecemerlangan Ijazah Dual sumbangan Association of German Engineers (VDI) itu turut diraih Nge Kie Cheng dan Nur Khairiyah Hibatullah Md Rosley. 

Nge Kie Cheng kini sedang bertugas di UMW East Malaysia Sdn. Bhd. sebagai seorang Graduate Trainee manakala Nur Khairiyah pula kini bertugas sebagai Jurutera Produk dan Proses dalam Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Vacuumschmelze (VAC) GmbH & Co. KG, Hanau, Jerman.

Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri