Skip to main content
PPTI UMP HEADER

Separator
 

ARTIKEL : BOEING, ANTARA JENAMA DAN KUALITI

Oleh : Mohd Zaki bin Ahmad

Boeing

4 tahun lepas, 29 Oktober 2018,terjunamnya sebuah pesawat canggih Boeing 737-Max 8 ke dalam dasar di Jakarta,meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh dunia. Lion-Air dengan nombor pendaftaran JT 610 hilang dari radar. Pesawat yang baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno-Hatta Jakarta menuju ke Lapangan Terbang Depatti Pangkal Pinang telah  terputus hubungan dan terhempas ke laut Jawa setelah 13 minit berlepas. Seramai 189 orang telah menjadi korban dalam nahas tersebut.

5 bulan selepas nahas Lion Air, sebuah lagi pesawat Boeing 737 Max-8 milik Ethiopian Airlines bernombor pendaftaran 302 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole Addis Ababa, Habsyah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kenyatta Nairobi, Kenya telah terhempas kira-kira 6 minit selepas berlepas mengorbankan seramai 149 orang. Nahas itu telah berlaku pada 10 Mac 2019.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Mesyuarat Eksekutif MASTI Kali ke 38

PPTI General meeting

[Jumaat , 25 Februari 2022] Mesyuarat Eksekutif MASTI Kali ke 38 telah diadakan di Hatten Hotel, Melaka. Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP telah diwakili oleh Presiden PPTI iaitu En. Mohd Raizalhilmy Mohd Rais.

Mesyuarat kali ini telah dihoskan oleh PRAKTIS UTEM dan dihadiri kira-kira 50 orang Presiden/wakil Persatuan UA masing-masing secara fizikal dan dalam talian.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Aktiviti : Teknologi Power BI
 

Teknologi Power BI

[Khamis , 27 Januari 2022] Perkongsian teknologi power BI oleh Hj Abdullah Fairuzullah dari Bahagian Infrastruktur Digital, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Program Hari Pentadbir Anjuran PPTI UMP

Program Hari Pentadbir

 

Program-program menarik anjuran Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP sempena Hari Pentadbir Universiti Awam.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Mesyuarat Agung Tahunan PPTI 2021


Separator

 

Webinar : Inovasi Kepimpinan dalam Pengurusan Krisis Era Kebiasaan Baharu”

webinar

[Khamis , 8 Julai 2021] Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) telah menagnjurkan  *Webinar Bersiri Kepimpinan Pendidikan Tinggi (Siri 2) yang bertemakan _“Inovasi Kepimpinan dalam Pengurusan Krisis Era Kebiasaan Baharu”.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Iftar Ramadan UMP

Iftar 2021

 

[Rabu , 28 April 2021] Menjadi tradisi di UMP setiap kali menjelang Ramadan setiap jabatan Dan persatuan akan menjadi sukarelawan untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar.
Tahun ini 16 Ramadan/ 28 April 2021, hari Rabu merupakan giliran PPTI untuk bersama-sama mengedarkan juadah berbuka puasa di Masjid UMP Kampus Gambang.
 
Alhamdulillah gabungan jawatankuasa eksekutif PPTI Dan ahli PPTI sama-sama berganding bahu menjayakan misi sukarelawan kali ini.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Anugerah Pentadbir Gemilang Masti 2020

Anugerah Pentadbir Cemerlang

 

Alhamdulillah & Tahniah
 
Dengan izin dariNya, dua ahli dari Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP telah berjaya merangkul Anugerah Pentadbir Gemilang Masti 2020.
 
En Sabri Bin Ahmad Hisham dari Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) berjaya merangkul emas bagi kategori Inovasi Kejuruteraan manakala En Mohd Zaki Bin Ahmad dari Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) berjaya merangkul gangsa bagi kategori Penulisan Sosial.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

98 peratus pentadbir universiti awam sokong BDR

sokong BDR

 

KUANTAN: Lebih 98 peratus warga pentadbir universiti awam menyokong usaha kerajaan membenarkan mereka terus Bekerja Dari Rumah (BDR) ketika pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan tahun lalu.

Timbalan Presiden Hubungan Korporat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (Masti), Mohd. Raizalhilmy Mohd. Rais berkata, terdapat kesan positif kepada produktiviti kerja walaupun pentadbir bekerja dari rumah sepenuh masa.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

Pertemuan JK Eksekutif (PPTI) UMP Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP

JKE Jumpa LPU

 

[Jumaat ,5 Mac 2021] Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman hari ini mengadakan pertemuan dengan JK Eksekutif Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PPTI) UMP.
 
Dalam program ini Presiden PPTI, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais menyampaikan penerangan tentang objektif dan hala tuju persatuan dalam berperanan seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025.
 
Di antara yang dibincangkan termasuklah program pemantapan bakat pegawai dan program global outreach sebagai persediaan berhadapan dengan Teknologi Digital dan Revolusi Industri (IR 4.0). Ia dijangka akan dapat meningkatkan bakat kepimpinan dan kemahiran.

--Klik Untuk bacaan penuh di Blog PPTI UMP--


Separator

 

FOOTER