Skip to main content

Pendekatan Model Keju Swiss dalam mengekang penularan Pandemik Covid-19

Kerajaan sentiasa konsisten dalam membendung penularan bagi menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Inisiatif ini bertujuan untuk mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini. Sekiranya pandemik Covid-19 tidak dapat dikawal, negara berisiko untuk berhadapan dengan keruntuhan sistem kesihatan. Walau bagaimanapun, para saintis menyatakan bahawa vaksinasi sahaja tidak mampu untuk menghalang penularan pandemik global ini.

Penggunaan elektrik secara efisien bantu kestabilan iklim jangka panjang

Pada tahun 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah merekodkan peningkatan penggunaan elektrik di Malaysia secara mendadak dengan kenaikan di antara 20 hingga 40 peratus. Penduduk mula menggunakan elektrik domestik secara berterusan apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19. Kini, PKP masih lagi diteruskan dan permintaan elektrik domestik dijangka akan terus meningkat.

Mottainai - Japanese Ancient Mantra in combating COVID-19

For more than a year, our country has been combating COVID-19, the number of infections is still high and worrying. National Recovery Plan remains in phase one, and everybody was asked to stay put at home unless for essential activities. This movement control still needs to be implemented to curb the virus. In addition, the new variants of Alpha, Beta, and Delta, which are more contagious, have urged the government to tighten the standard operating procedures (SOP).

Kesejahteraan Digital

Kesejahteraan digital adalah satu teori yang berkaitan dengan kesan penggunaan teknologi digital kepada kesejahteraan manusia. Ada dua perspektif yang boleh dilihat iaitu kesan positif dan kesan negatif penggunaan teknologi digital kepada manusia. Kesan positif boleh dilihat melalui penggunaan teknologi digital seperti smart-band dan aplikasi pemantauan tahap kesihatan yang membantu pengguna menjejak serta memantau tahap kesihatan mereka.

Bersediakah kita ke arah Pendigitalan Kampus?

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kini menuntut perubahan dalam teknologi automasi yang turut memberi kesan terhadap sektor perkhidmatan termasuklah dalam bidang pendidikan memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada bakal graduan yang dihasilkan. Dalam merealisasikan usaha ini, universiti perlu membuat persediaan secara komprehensif di era revolusi digital untuk terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan serta mencorakkan kegemilangan dalam landskap pendidikan negara.  

Subscribe to Experts