Skip to main content

Kematangan Staf Akademik dan Pentadbiran dalam BDR

Selama ini ramai yang menyatakan Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah sesuatu yang amat diinginkan. Bagi kebanyakan orang, BDR adalah suatu bonus kepada sesetengah pekerja kerana berpeluang untuk berada di rumah dan membuat kerja atau tugasan di rumah. Bagi staf akademik dan pentadbiran yang kebanyakannya bekerja di hadapan komputer riba atau komputer meja, bekerja dari rumah adalah suatu yang amat diidamkan.

Adaptasi Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Bidang Pendidikan

Kemunculan Pandemik COVID-19 telah menyebabkan hampir seluruh dunia melakukan sekatan pergerakan (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi menghapuskan rantaian wabak tersebut. PKP telah menyebabkan penutupan semua sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kebanyakan negara termasuklah Malaysia.

Ventilator kos rendah beri kesan terhadap pesakit

Perihal berkenaan subjek ini tidak lagi memerlukan pengenalan. Seluruh dunia sedang bercakap tentang perkara yang sama. Covid-19 telah menjadikan dunia haru-biru hanya dalam masa beberapa minggu dan manusia seakan dipaksa menyesuaikan diri dengan pandemik baharu ini. Covid-19 kian menular dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan mereka mengalami gejala yang ringan manakala bagi yang lain, virus ini  telah melemahkan mereka. Keupayaan paru-paru mereka untuk menyalurkan karbon dioksida dan oksigen keluar masuk daripada darah kian lemah.

Sektor Pembinaan di Era COVID-19: Dilema Pekerja Pembinaan dan Cabaran Mendepani Norma Baharu

Pandemik COVID-19 telah menyaksikan impak yang besar secara langsung mahupun tidak ke atas semua sektor di dalam dan luar negara. Penularan virus ini telah menghentikan semua sektor dari beroperasi buat sementara waktu termasuklah sektor pembinaan. Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu, ekonomi negara mengalami kemerosotan yang bukan sedikit. Negara kehilangan RM2.4 bilion setiap hari semasa dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Subscribe to Experts