Skip to main content

3,556 graduan UMP bakal bergraduasi mulai esok selama 4 hari

KUANTAN, 16 Mac 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan meraikan seramai 3,556 graduan (2020) yang terdiri daripada 234 graduan doktor falsafah dan sarjana, 2,364 graduan sarjana muda dan diploma serta 958 graduan UMP Advanced yang akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-15.

Majlis itu dijadualkan berlangsung selama empat hari mulai iaitu 17 hingga 20 Mac 2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
 
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin, Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor akan hadir menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 533 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran serta 37 anugerah dan hadiah kecemerlangan termasuk dua penerima Hadiah Buku dan tiga Hadiah Projek Sarjana Muda (PSM) pada sesi pertama bersempena Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung esok.
 
“Dalam majlis itu nanti Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa akan menyampaikan ijazah kepada seramai 563 graduan pada sesi kedua, pada 18 Mac (Jumaat) untuk sesi ketiga melibatkan seramai 506 graduan dan pada 19 Mac (Sabtu) iaitu sesi keempat seramai 534 dan sesi kelima melibatkan seramai 483 graduan.
 
“Manakala Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin akan hadir pada hari Ahad iaitu sesi keenam melibatkan seramai 510 graduan UMP Advanced yang akan menerima ijazah Master Eksekutif pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang iaitu sesi terakhir seramai 448 orang graduan UMP Advanced akan menerima ijazah Bacelor Eksekutif dan Diploma Profesional.

3,556 graduan UMP bakal bergraduasi mulai esok selama 4 hari

“Dalam pada itu, seramai 45 orang graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi yang terdiri daripada personal yang terlibat secara langsung dengan inisiatif pengurusan dan pembangunan bakat kepimpinan bakal bergraduasi hasil program kerjasama pusat pengajian sepanjang hayat, UMP Advanced dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

“Hanya graduan yang menerima ijazah masing-masing dibenarkan berada di dalam dewan konvokesyen bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan dihadkan antara 300 hingga 500 orang bagi setiap sesi,” katanya dalam sidang media memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. 

3,556 graduan UMP bakal bergraduasi mulai esok selama 4 hari

Hadir sama Pengarah Pusat Pengurusan Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd. Shahrir Mohd. Sani dan Pemangku Pendaftar, Hazmin Aris. 

Majlis Konvokesyen UMP dijangka diadakan sebanyak tiga kali bagi meraikan graduan yang bergraduasi pada tahun 2020 (Mac), 2021 (Ogos) dan graduan 2021 pada sekitar bulan November.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit