Skip to main content

7,000 pelajar hadir Riang Ria Raya UMP

PAYA BESAR, 12 Mei 2023 - Majlis Riang Ria Raya anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) meriah dengan kehadiran lebih 7,000 pelajar menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. 

Majlis mendapat kerjasama Institut Pengajian Siswazah, Pusat Hubungan Antarabangsa dan lain- lain jabatan sokongan, anak syarikat UMP, UMP Advanced dan UMP Holdings serta rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) dan Koperasi UMP. 

Hadir menyerikan majlis, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP, Dato' Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Datin Nur Sharmila Shaheen dan Farrah Ain Madzlan. 

Menurut Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz, majlis ini merupakan ruang yang baik untuk menghayati erti Syawal, menjalin mahabbah dan menyemarak ukhuwah sesama kita.

7,000 pelajar hadir Riang Ria Raya UMP

“Bersempena meraikan Syawal, ia juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih UMP kepada pelajar dan semua warganya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau juga menyampaikan hasrat agar dapat melihat semula tempoh masa yang sesuai bagi pelajar merancang dan  melaksanakan program bagi membolehkan mereka belajar mengurus juga meningkatkan keyakinan serta jati diri sebagai pemimpin pada masa depan. 

Turut berlangsung penyerahan sumbangan zakat pelajar UMP bagi semester 2, 2022/2023 yang menyaksikan seramai 900 orang pelajar telah diluluskan permohonannya dengan jumlah peruntukan zakat sebanyak RM 434,950.00.

7,000 pelajar hadir Riang Ria Raya UMP

Selain itu, pihak  universiti juga mengharapkan semoga  bantuan zakat ini dapat membantu para pelajar meringankan beban sepanjang  pengajian di universiti. 

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pendaftar, Saiful Bahri Ahmad Bakarim dan Pengurus Besar JHEPA, Haryani Abdullah. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit Daripada Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit