Skip to main content

Amalan gaya hidup lestari sumbang terhadap pemeliharaan alam sekitar

PEKAN, 23 September 2022 - Amalan berbasikal dan aktiviti berjalan kaki merupakan amalan gaya hidup lestari yang menyumbang terhadap pemeliharaan alam sekitar. 

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjadi kementerian pertama yang melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ yang menyokong terhadap usaha kerajaan melestarikan alam sekitar.

Menurut Ketua Setiausaha KASA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, dengan radius Putrajaya dengan jarak ke tempat kerja sekitar 5 km hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit malahan beliau sendiri pernah berbasikal sejauh 14 km dengan mengambil masa sekitar 35 minit dari kediamannya di Bangi ke pejabat. 

“Ia juga boleh mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan lalu lintas selain menjadikan persekitaran bebas karbon.

“Lalukan perkara yang mudah dengan kos yang murah dan membudayakan penjimatan tenaga serta air. 

“Dianggarkan 30 peratus penjimatan tenaga dapat dicapai melalui amalan penjimatan yang merupakan langkah pertama disusuli dengan peningkatan tahap kecekapan,” katanya.

314 pelatih 5 UA ditauliah Inspektor Kor Sukarelawan  Polis Siswa Siswi.

 
Baginya, pengurangan tenaga adalah lebih baik antaranya menggunakan kemudahan yang sesuai dengan keperluan dengan mengambil langkah penjimatan elektrik dan penggunaan air secara berhemah memandangkan semakin banyak air digunakan semakin banyak sumber air dan tenaga diperlukan.
 
“Selain itu, universiti mempunyai para ilmuan dan pelajar yang sudah pastinya mampu memberi manfaat membantu insan lain,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para penyelidik agar terus melakukan penyelidikan yang dapat memberi manfaat terhadap kemaslahatan ummah serta membudayakan amalan lestari dalam kehidupan.

314 pelatih 5 UA ditauliah Inspektor Kor Sukarelawan  Polis Siswa Siswi.

Selain itu dalam menyumbang terhadap usaha ini, beliau turut mencadangkan satu projek yang boleh dilaksanakan misalannya UMP menjadi pusat pengumpulan electronic waste (E-waste) termasuklah  barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi lama atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa.

Menurutnya, E-waste kini telah menjadi masalah di seluruh dunia memandangkan semakin banyak barangan elektrik dan elektronik yang dihasilkan, semakin banyak juga E-waste yang perlu dibuang atau diuruskan.
 
Beliau hadir dalam program Wacana Ilmu dengan tajuk ‘Pelestarian Alam Sekitar: dari Pemodelan Komputer kepada Agenda Global anjuran Institut Kajian dan Strategik UMP (ITKAS) sebagai sebahagian usaha UMP ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti 17 SDG bagi matlamat mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan menjelang 2030.
 
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, UMP telah membangunkan Blueprint Kampus Lestari yang merupakan satu rangka tindakan dan panduan kepada universiti untuk menjayakan hasrat ke arah Malaysia Lestari 2030 berdasarkan Green Technology Master Plan Malaysia 2017 – 2030.

“UMP turut menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk melaksanakan blueprint tersebut. 

“Berdasarkan kriteria UI GreenMetric, Blueprint Kampus Lestari UMP ini turut menerapkan unsur kelestarian secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata. 

“UMP sentiasa membuka peluang kepada warga kampus bagi memupuk budaya persekitaran lestari dan seiring dengan keperluan era Revolusi Industri 4.0 dengan melaksanakan transformasi digital ke arah kampus pintar untuk kekal relevan dengan keperluan dan jangkaan semasa pihak berkepentingan berdasarkan sumber dan kepakaran yang ada dalam bidang Big Data, Internet of Things (IOT), green campus, dan digitization,” ujar beliau. 

“Semua ini adalah medium yang akan membawa kepada peralihan dalam penggunaan teknologi. Pelbagai inisiatif yang dirancang oleh pihak UMP bagi menyokong aktiviti dapat memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran,” katanya.  

Menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan, langkah ini mampu melahirkan lebih ramai penyelidik yang akan beri manfaat dan bergerak selaras dengan keperluan negara.

Dalam majlis itu,  Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini turut menyumbang buku-buku hasil penulisannya untuk rujukan warga UMP. 

Hadir sama dalam majlis Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin dan Timbalan Naib  Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit