Skip to main content

Kepimpinan PGA UMP baharu dilantik

KUANTAN, 2 Februari 2023 - Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Persatuan Pascasiswazah UMP 2023 dan Majlis Penghargaan Persatuan Pascasiswazah UMP 2022 bertempat di Hotel AC Mariott Kuantan.

Watikah Pelantikan Persatuan Pascasiswazah UMP (PGA) 2023 disampaikan Dekan IPS, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Menurut Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah, sejak dari awal penubuhannya, PGA UMP telah mengorak langkah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program melibatkan pelajar pascasiswazah termasuk program khidmat masyarakat.
 

Kepimpinan PGA UMP baharu dilantik

“Pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan ini dapat menggilap bakat kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan kerja berpasukan melibatkan pelajar pascasiswazah yang dilantik sebagai ketua atau ahli jawatankuasa.

“Setiap pemimpin PGA dan pelajar pascasiswazah UMP telah memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang setiap tahun.

“Persatuan ini berperanan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan pelajar pascasiswazah di UMP,” katanya.
 

Kepimpinan PGA UMP baharu dilantik

Pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Persatuan Pascasiswazah UMP yang telah dilantik pada tahun 2023 yang diketuai oleh Nurul Farah Anisa Hairolnizam selaku Presiden UMP-PGA.

Beliau mengharapkan barisan kepimpinan yang baharu dilantik itu dapat memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik serta dapat menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar pascasiswazah.

Pada masa yang sama, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan Persatuan Pascasiswazah UMP Tahun 2022 yang diterajui oleh Ts. Muhammad Syamsul Imran Zaini yang telah memikul amanah dan tanggungjawab dengan baik serta berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun 2022.

Persatuan Pascasiswazah UMP mula ditubuhkan pada tahun 2016 dan berfungsi sebagai jambatan penghubung antara pelajar dan IPS dalam membantu UMP menyampaikan aspirasi kepada pelajar pascasiswazah.

Hadir sama Pengurus Kanan, Jabatan Pendaftar, Hajah Sabarehan Haji Ismail yang mewakili Pendaftar UMP, Timbalan Dekan IPS, Profesor Madya Ts. Dr. Raihana Zahirah Edros dan Pengurus Kanan, Abd. Rahman Haji Safie.

Disediakan oleh: Shahrizai Haji Sarif, Institut Pengajian Siswazah

Reports by:
Admin UMP News