Skip to main content

Kolaborasi UMP-Adabi edar 600 juadah sahur buat mahasiswa

KUANTAN, 6 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) meneruskan program Ramadan 2023 dengan mendekati  mahasiswa pada kali ini dalam Program Sahur Jangan Tak Sahur. 

Sukarelawan UMP Kilau bersama petugas daripada Adabi bergotong-royong menyediakan juadah bermula jam 3 petang dan aktiviti memasak  bermula jam 9.00 malam sebelum diagihkan kepada 600 pelajar mulai jam 11.00 malam di residen pelajar di UMP Kampus Gambang.

Kolaborasi UMP-Adabi edar 600 juadah sahur buat mahasiswa

Hadir dalam program Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Haryani Abdullah dan Pengarah Perkhidmatan Pelajar UMP, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais. 

Menurut Profesor Dr. Kamal, pihak universiti menghargai kolaborasi ini dalam menyumbang juadah bersahur sebagai menggalakkan pelajar bersahur agar mendapat keberkatan serta  sihat bertenaga di sepanjang Ramadan. 

“Pihak UMP sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada badan-badan korporat bagi membantu mahasiswa universiti,” katanya. 

Kolaborasi UMP-Adabi edar 600 juadah sahur buat mahasiswa

Manakala pihak Adabi dihadiri Pengurus Besar Adabi Kuantan, Abd Rahim Mohd Nor dan Pengurus Jenama, Promosi dan Media Korporat, Roshidi Zabidi.  

Bagi Roshidi berkata, pihak Adabi sentiasa terbuka untuk bekerjasama lebih-lebih lagi dalam program CSR.

Pihaknya menghargai kerjasama baik UMP dalam menjayakan Program Bubur Lambuk, Sahur Jangan Tak Sahur dan Program Kenduri Rewang yang berjaya dilaksanakan di sini. 

Beliau menambah, sepanjang bulan Ramadan, pelbagai acara telah dirangka  melibatkan dengan badan-badan korporat, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, petugas barisan hadapan dan komuniti setempat.

Pihaknya turut menyumbangkan produk-produk Adabi buat UMP Campus Pantry untuk diedarkan buat warga universiti bagi menikmati juadah yang dimasak menggunakan rempah dan rencah Adabi.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit