Skip to main content

PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 UMP

Warga Universiti Malaysia Pahang (pelajar dan staf) termasuk anak syarikat dan anak-anak staf adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Reka Cipta Logo Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Universiti Malaysia Pahang (UMP).
 
Pertandingan ini memberi peluang buat warga UMP untuk menghasilkan logo menjelang ulang tahun ke-20 mengikut kreativiti masing-masing. 

Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat dengan “Bergerak Bersama UMP” menuju kegemilangan.
 
SYARAT PENYERTAAN
 
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Reka cipta logo mestilah karya asli dan tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh dianggap sensitif kepada mana-mana pihak.
3. Interpretasi reka bentuk logo, warna dan simbol yang digunakan hendaklah dijelaskan dengan rasional.
4. Reka cipta logo berteraskan/bercirikan elemen Kejuruteraan, Teknologi dan Kreativiti.
5. Reka bentuk hendaklah disediakan dalam bentuk “softcopy” dan menggunakan format Ai (Adobe Illustrator) serta JPEG resolusi minimum 1280 x 960 (300 dpi).
6. Logo yang dicipta boleh disuai padan dengan semua bahan cetakan atau kandungan digital.
7. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
8. Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dengan memuat naik hasil ciptaan secara dalam talian di Google Form di link yang disediakan. Link penyertaan : https://forms.gle/iTNViRjFaWS9SLG39
9. Penyertaan dibuka mulai 16 Ogos 2021 (Isnin) dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Ogos 2021 (Isnin ) sebelum jam 5.00 petang.
 
HADIAH
 
Pemenang Tempat Pertama: RM1000
Lima Hadiah Sagu hati bernilai RM 100 setiap seorang.
 
Maklumat lanjut  hubungi Urus Setia (Pn. Salwana/ Pn. Hidayah) di talian 09-4245061/5069 atau
e-mel kreatif @ump.edu.my.

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri