Skip to main content

SEJAHTERA UMP sumbang pelitup muka dan kurma buat ahli berdaftar

PEKAN, 26 April 2021 – Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (SEJAHTERA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah membuat agihan kurma dan pelitup muka kepada semua ahli yang telah berdaftar di kedua-dua kampus.

Sehingga kini, SEJAHTERA mempunyai seramai 672 staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah mendaftar sebagai ahli. 

Sumbangan kurma dan pelitup muka ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang dalam keterbatasan disebabkan oleh Pandemik COVID -19.

Pengerusi SEJAHTERA, Ts. Dr. Muhammed Nafis Osman Zahid berkata SEJAHTERA akan terus berusaha memanfaatkan sumbangan bulanan ahli yang diterima untuk memberi bantuan kebajikan  kepada semua ahli..

“SEJAHTERA sentiasa cakna dan peka terhadap kebajikan staf dan perkara ini telah direalisasikan menerusi Skim Kebajikan Sejahtera UMP”.

“Dengan komitmen bulanan yang sangat minima, saya menyeru semua staf UMP untuk menyertai SEJAHTERA supaya kita sama-sama dapat memaknakan hasrat untuk tolong-menolong dan saling menyokong antara kita,” ujarnya.

Sementara itu, bagi ahli SEJAHTERA, Muhammad Faisal Nordin dari Pusat Pengurusan Akademik (PPA) berkata, pemberian ini amat bermakna baginya atas ingatan SEJAHTERA kepada ahli yang mencarum dan mengharapkan SEJAHTERA akan lebih aktif dalam menjalankan aktiviti atau program-program kebajikan, kerohanian dan sukan pada masa akan datang.

SEJAHTERA amat mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dalam kalangan staf tetap, kontrak dan sementara dengan harapan dapat membantu antara satu sama lain di samping menjaga kebajikan staf sebagai keutamaan.
 

Disediakan Oleh: Siti Nurfarmy Ibrahim, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim