Skip to main content

Rancang pengajian PhD Sasar “GOT”

Kuantan, 16 Disember- Cabaran bertukar penyelia di saat akhir bukan halangan buat pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr. Mohamad Rusydi Mohamad Yasin menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Pihak universiti telah memberi ruang, jadi seharusnya saya membalas kepercayaan yang pihak universiti berikan. Dengan tekad itu, saya telah berusaha sehabis mungkin untuk menyudahkan pengajian ini,” katanya.

UMP Kenang Jasa Staf, Rai Felo Tamat Pengajian

Pekan, 16 Disember –Pengalaman 18 tahun berkhidmat pada awalnya sebagai staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Pahang, kemudian sebagai staf Kolej Universiti Teknologi dan Kejuruteraan Malaysia (KUKTEM) yang kemudiannya bertukar nama kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) memberikan banyak kenangan buat Nor Ashikin Abdul Aziz  yang kini telah menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah di Pusat Bahasa Moden dan bersara pada umur 60 tahun pada 3 Oktober lalu.

Ilmu keusahawanan bantu mahasiswa UMP

Kuantan, 11 Disember- Program penambahbaikan inisiatif keusahawanan dan maklumbalas yang disampaikan Dr.Suraya Sulaiman daripada Alpha Catalyst Consulting memberi peluang mahasiswa lebih bersedia mendalami bidang perniagaan. Program anjuran Pusat Keusahawanan UMP (MyPACE) ini turut membabitkan penyelaras keusahawanan bersama mahasiswa yang terlibat sebagai usaha untuk memperkasakan agenda keusahawanan negara.

101 anak staf UMP teruja terima kelengkapan pakaian sekolah baharu

Kuantan, 18 Disember- “Terima kasih UMP” itulah  ucapan kegembiraan yang lahir daripada salah seorang daripada 55 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP)  yang melibatkan 101 penerima sumbangan Program ‘Back to School 2019’  anjuran anjuran Yayasan UMP dengan kerjasama Jabatan Pendaftar UMP dan  Etiqa Family Takaful Berhad di UMP Gambang baru-baru ini.

UMP, Etiqa bantu 200 anak-anak asnaf terima bantuan kelengkapan sekolah

Pekan, 19 November - Seramai 200 pelajar sekolah rendah dari 11 buah sekolah sekitar Pekan yang terdiri daripada anak-anak golongan berpendapatan rendah (B40) seronok menerima pakaian dan kelengkapan sekolah baharu dalam program Program ‘Back to School 2019’ anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Etiqa Family Takaful Berhad  dan Yayasan UMP di Pekan baru-baru ini.

Pembentukan Sinergi Kepimpinan MPP Baharu

Pekan, 13 Disember- Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baharu yang dilantik diharap dapat menggunakan peluang ini sebagai platform untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan bergerak lebih maju ke hadapan.

MPP harus berperanan dan bertanggungjawab dalam mempromosikan aspek penyuburan budaya kegembiraan, kebahagiaan, hormat-menghormati dan kemanusiaan  melalui pelbagai program dan aktiviti supaya UMP terus harmoni dan berseri dengan suasana kampus yang kondusif untuk tujuan pengajian dan juga perpaduan.

Subscribe to General