Skip to main content

UMPSA santuni pelajar sekolah galak STEM di Tuaran

TUARAN,  1 Mac 2024 - Pengurusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar sekolah dan menggalakkan pelajari STEM yang melibatkan Kampung Kiwatu, Kampung Batangan, Kampung Roun dan Kampung Serusop serta sekitar Tuaran yang menyasarkan usaha untuk memberi inspirasi kepada golongan muda dan pelajar B40. 

UMPSA lancar aplikasi mudah alih e-Comm

GAMBANG,  16 Februari    2024 -  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melancarkan aplikasi mudah alih e-Community sebagai altenatif komunikasi dalam kalangan warganya. 

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin sempena Majlis Amanat Naib Canselor baru-baru ini.  

Program ‘Sampah untuk Tunai’ sokong Agenda Kelestarian UMPSA

GAMBANG, 11 Januari 2024 - Universiti adalah hab untuk pengetahuan dan inovasi. Namun, dengan jumlah sisa yang besar yang dijana dalam universiti, ia menjadi satu kewajipan universiti untuk meningkatkan komitmen komuniti UMPSA dalam meminimumkan sisa sekaligus melestarikan alam sekitar. 

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengorak langkah ke arah pembangunan mampan dengan melaksanakan Pelan Tindakan Kampus Lestari UMPSA bagi tempoh 2022-2025. 

Yayasan UMPSA agih sumbangan ‘Back To School’ buat anak staf berkeperluan

Paya Besar, 28 Februari 2024- Seramai 100 anak-anak staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada pihak Yayasan UMPSA atas keprihatinan universiti dalam meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan staf yang berkeperluan. 

Kelengkapan sekolah ini terdiri daripada pakaian sekolah, stoking, kasut, beg sekolah serta alat tulis buat anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan bagi Sesi Mac 2024/2025 tidak lama lagi. 

Kembara Mobiliti Lestari UMPSA tabur bakti di bumi Songkla

SONGKHLA THAILAND, 18 Februari 2024 - Seramai 85 sukarelawan staf  dan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar dalam kalangan anak yatim dan kurang berkemampuan yang menuntut  di Bumrungsuksa Islamic Boarding School (BIS), Hatyai Songkhla Thailand baru-baru ini.

Subscribe to General