Skip to main content

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

PEKAN, 3 Ogos 2022 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan hormat Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pahang, Nadia Zam Zam bagi menerangkan inisiatif-inisiatif MIDA yang terdapat di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan membincangkan sumbangan UMP untuk pembangunan di Pahang pada masa akan datang.

Mesyuarat di Akademi ADAB telah dibuka oleh Penolong Naib Canselor (Bahagian Koloborasi Industri dan Masyarakat), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin. 

Menurut Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina, Pelan Strategik Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP25) dan kemampuan UMP dalam menghasilkan graduan dalam bidang Sains dan Teknologi melalui program pascasiswazah dan 47 program prasiswazah. 

“Selain itu, kemampuan dalam penyelidikan melalui pusat kecemerlangan, hasil penyelidikan berimpak dan penyelidik bertaraf dunia juga telah diterangkan yang mendapat perhatian Nadia Zam Zam memandangkan banyak inisiatif MIDA terkait dengan penyelidikan serta pembangunan produk dan teknologi seperti yang diterangkan,” ujarnya. 

Pengarah MIDA Pahang menekankan pelbagai inisiatif MIDA dalam RMK-12 yang mengharapkan lebih banyak pelaburan semula ke Malaysia, mengubah landskap pelaburan domestik dan mencapai pembangunan serantau yang lebih seimbang melalui pelbagai inisiatif yang diberikan. 

“Antara inisiatif yang perlu direbut oleh UMP ialah menyediakan tenaga kerja mahir untuk syarikat yang memiliki lesen pembuatan (manufacturing license) untuk memenuhi syarikat memiliki 80 peratus tenaga kerja tempatan sebelum tahun 2025. 

“Selain itu, pembangunan di Pahang melalui East Coast Rail Link (ECRL) dan Aerocity di Gebeng 4 yang dijangkan beroperasi pada 2026 juga harus dimanfaatkan kerana tuntutan kepada tenaga kerja, teknologi serta rantaian bekalan yang mapan diperlukan apabila industri ini telah berjalan di dalam beberapa tahun lagi. 

“Semoga dapat diadakan satu sesi bersama UMP untuk memperhalusi kerjasama lanjut bersama wakil daripada MIDA iaitu Bahagian Teknologi Termaju dan Penyelidikan dan Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Talent Industri dan Ekspatriat.

“Ia bagi memastikan UMP dapat terlibat sama dalam lanskap kerja MIDA dalam menarik pelabur ke Malaysia amnya, Pahang khususnya serta membawa hasil teknologi UMP untuk dikomersialkan ke luar negara melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),” katanya. 

Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Saiful Anwar Che Ghani dengan melihat terkedepan untuk UMP menyediakan tenaga kerja mahir melalui usahasama industri-akademia yang dijalinkan oleh MIDA, penempatan kerjaya bagi memenuhi tenaga kerja yang diperlukan bagi menggantikan tenaga kerja luar, pembangunan bakat bagi menarik pelaburan baharu dan potensi UMP terlibat di dalam Program HyTalent MIDA Assessment & Development Center (MADC) yang menjurus ke arah sumber manusia di dalam revolusi industri 4.0 (IR4.0). 

Lawatan diakhiri dengan lawatan ke fasiliti pembelajaran dan penyelidikan terpilih di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMA) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

 

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Insentif yang ditawarkan oleh MIDA untuk menarik pelaburan semula

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Fungsi Industry Talent Management, sebuah jabatan di bawah MIDA

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

 
Rangka kerja MIDA untuk menggalakan syarikat multinasional menggunakan lebih kepakaran tempatan

 

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Seperti laporan MBOT, sektor E&E merupakan sektor yang menawarkan peluang pekerjaan premium di Malaysia. MIDA menyediakan satu portal khas untuk maklumat berkaitan E&E.

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Struktur Organisasi MIDA untuk menyokong pelaburan ke Malaysia. Industry Talent Management merupakan satu bahagian di dalam struktur ini.
 

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Pelaburan swasta tahunan ke Malaysia. Didapati pelaburan asing ke Malaysia paling tinggi pada tahun 2021 walaupun seluruh dunia dilanda pandemik.

Pengarah MIDA Pahang berkunjung ke UMP buka peluang usaha sama  Industri-Akademia dan Penempatan Kerjaya

Komitmen Malaysia ke arah Tenaga Hijau dan Lestari

Disediakan oleh: Aminatul Nor Binti Mohamed Said, Pusat Penempatan Dan Pembangunan Kerjaya (CPDC)

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News