Skip to main content

Muhammad Arif juarai WorldSkills Malaysia Belia wakili negara dalam bidang Digital Construction

PAYA BESAR, 18 November 2022 - Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhammad Arif Irfan A’ali Zaini, yang baharu sahaja menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Awam telah memenangi WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dalam bidang Digital Construction yang julung kali dipertandingkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.pada kali ini.  
 
Dengan kemenangan itu, Muhammad Arif berjaya membawa pulang wang tunai RM 2,500, pingat dan sijil serta melayakkannya mewakili Malaysia di peringkat dunia pada tahun 2024 di Lyon Perancis.
 
Dua lagi peserta alumni Ijazah Kejuruteraan Awam UMP pula berjaya memperoleh Sijil Kecemerlangan adalah Chu Zin Kai dan Aidil Akmal Abdul Rahim.  

Menurut Muhammad Arif, bidang Digital Construction ini memberi banyak impak yang besar dalam sesuatu pembangunan. 

Muhammad Arif juarai WorldSkills Malaysia Belia wakili negara dalam bidang Digital Construction

“Antaranya adalah dapat menjimatkan masa, mengurangkan masalah dan menambahkan efisiensi dalam sesuatu projek.
 
“Semua konsultan dari pelbagai bidang terlibat dalam menjalankan projek pembangunan, antaranya bidang arkitek, struktur, mekanikal dan elektrik,” katanya.

Muhammad Arif juarai WorldSkills Malaysia Belia wakili negara dalam bidang Digital Construction

Beliau bersyukur dan gembira dengan kemenangan ini dan tidak menyangka diumum sebagai pemenang di dalam pertandingan tersebut.
 
Namun, menurutnya beliau tidak boleh berasa selesa atas keupayaannya memandangkan setakat ini masih belum mencapai markah minima bagi membolehkannya mendapat pingat emas dalam pertandingan ini.
 
Tambahnya, sistem pemarkahan WSMB ini mengguna pakai kaedah pemarkahan minimum untuk melayakkan sesuatu pingat dianugerahkan dan julat pemarkahan berdasarkan kepada standard antarabangsa Worldskill Competition Information System (CIS).
 
Melalui sistem ini, pemarkahan dibahagikan kepada empat tahap iaitu Sijil Kecemerlangan, pingat gangsa, pingat perak dan pingat emas.   
 
Jelasnya, usahanya berbaloi apabila apabila bertungkus-lumus menyiapkan latihan dalam masa dua minggu yang dibantu pensyarah UMP yang bertanggungjawab dalam memastikan mendapat markah tertinggi dalam pertandingan ini.
 
Selain itu, beliau juga turut  menjalani latihan bersama-sama peserta UMP yang lain bagi menambahkan ilmu dan berpeluang bertukar idea dalam menyiapkan tugasan. 

Dalam pada itu sebagai mempersiapkan diri bagi mewakili Malaysia pada tahun 2024, beliau yang kini sedang berkhidmat di UMP Holding dijangka akan menjalani latihan bersama pengajar selama satu tahun secara berfokus bagi mendapatkan skor yang tinggi dalam pertandingan tersebut.
 
WSMB merupakan pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan untuk mengiktiraf kemahiran unggul belia di dalam TVET. 

Pertandingan akhir bidang Digital Construction seramai tujuh orang peserta yang telah melepasi peringkat saringan prakelayakan.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit