Skip to main content

UMP Juara Pertandingan Intervarsity BIM Marathon

Kuala Lumpur - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjuarai Pertandingan Intervarsity BIM Marathon anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur baru- baru ini.

Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) yang terdiri daripada Nur Atiqah Ashri, Che Ku Muhammad Amirul Syafiq Che Ku Pauzi, Nurul Intan Syafiqa Shahiri dan Nur Awadah Syakirah Abd Khalid membawa pulang membawa pulang trofi, wang tunai RM7000 serta sijil penyertaan.

Dr. Hari Narayanan dinobatkan Anugerah Tokoh Industri 2018

Pekan, 26 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganugerahkan Tokoh Industri 2018 kepada Pengarah Urusan Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd, Dr. Hari Narayanan atas sumbangan dan komitmen berterusan terhadap universiti terutamanya dalam menjayakan program CEO@Faculty yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan tokoh-tokoh korporat yang berwibawa daripada syarikat berkaitan kerajaan, industri-industri terkemuka dan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam.
 

Empat Pesilat UMP terpilih mewakili Malaysia

Perak - Seramai empat orang pesilat Universiti Malaysia Pahang (UMP) terpilih mewakili pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dalam Kejohanan Silat Antarabangsa UPSI ke-9 bagi merebut Piala Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Nor Julia Idayu Abdul Aziz (kelas Putri D), Muhammad Nur’Iman Farhan Mohamad Rosli (Kelas Putra H), Muhammad Syakir Mohd Isa (kelas Putra G) dan Siti Nur Azrin Nor Azli (kelas Putri E).  

Wanita UMP Amal Gaya Hidup Sihat

Kesibukan bekerja tidak menghalang wanita bergiat aktif dalam aktiviti bersukan dan baru-baru ini berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Tertutup Piala Persatuan Wanita UMP (Matahari) anjuran Sekretariat Generasi Siswa Sihat (GENESIS) selama dua hari bertempat di Kompleks Sukan UMP Gambang. Kejohanan mendapat kerjasama Persatuan Matahari, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Pusat Kesihatan Universiti.

UMP Advanced Sumbang RM5.8J

UMP Advanced merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memfokuskan kepada aktiviti pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjadi tonggak kepada penjenamaan pendapatan universiti. Ianya selari dengan hasrat kementerian dalam menjadikan universiti awam mampan dan lestari dari segi kewangan, UMP Advanced berperanan dalam merealisasikan hal tersebut.

UMP Advanced berjaya merekodkan pencapaian pertumbuhan sebanyak 39 peratus pada 2017 iaitu RM21.4 juta secara keseluruhannya berbanding pencapaian pada  tahun 2016 sebanyak RM15.4 juta.

Tasik UMP Tarikan Beriadah

Tasik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tarikan bukan sahaja untuk beriadah malahan aktiviti rekreasi dan bersukan.

Terdapat empat buah tasik di sekitar UMP dan salah satunya berhadapan perpustakaan yang berkeluasan 44.26 ekar. Tasik ini juga dilengkapi dengan trek jogging sepanjang 1,614 meter turut dilengkapi dengan laluan basikal sepanjang 1,524 meter.

Amalan Gaya Hidup `Hijau’ untuk kelestarian alam

Kira-kira 2000 hadir dalam sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030) di Kompleks Sukan UMP Gambang,Kuantan semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Dato' Seri Zaini Ujang, membentangkan mengenai Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof.Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin sebagai selaku moderator.

Tarian Singa Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

Kira-kira seramai 1000 orang warga kampus serta penduduk setempat membanjiri Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang baru-baru ini bagi menyaksikan Malam Kebudayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Program anjuran Jawatankuasa Kebudayaan Cina dari Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian UMP dan mendapat kerjasama dari  Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

UMP Team Excellent Take Charge

KUALA LUMPUR - Penganjuran Program UMP Team Excellence  berkonsepkan kerja berpasukan dilihat mampu  meningkatkan kecekapan warga kerja dalam kalangan staf di jabatan. Program pada kali ini yang mensasarkan staf Jabatan Pendaftar ini dianjurkan  Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur dengan dikendalikan pihak LHI Consulting Sdn Bhd.
 

Pelajar empower Cemerlang SPM

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM),  Adilah A/p Adi pelajar Asli yang merupakan salah seorang peserta Empower ECER-UMP di SMK Lepar berjaya mendapat 6A dalam pengumuman SPM semalam.

Anak kepada pasangan Gayah Wahab,35  dan Adi A/L Man,37 ini amat gembira dan tidak menyangka dengan kejayaan ini memandangkan semasa percubaan dahulu hanya mendapat 4A sahaja. Namun dengan bantuan dan dorongan guru SMK Lepar ini banyak memberi manfaat kepadanya dan rakan-rakan.