Skip to main content

Boling UMP-Media platform terbaik erat hubungan

Kuantan, 30 Julai- Seramai 150 orang hadir dalam program boling bersama Media anjuran Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab Media Pahang yang berlangsung di Playground 6 Semambu Kuantan hari ini. Hadir memeriahkan program Naib Canselor UMP, Prof. Dato Sri Dr Daing Nasir Ibrahim, Presiden Kelab Media Pahang, Dato Nik Naizi Hussin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato Dr Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi/Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Abd. Rahman Hj. Safie.

UMP ungguli pencapaian cemerlang lima bintang

Kuantan, 17 Julai- UMP berada di landasan terbaik apabila menerima pengiktirafan antarabangsa dengan pencapaian penarafan lima bintang keseluruhan terbaik tahun ini berdasarkan Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 yang dijalankan pihak QS Intelligence Unit iaitu sebuah organisasi pengauditan universiti melalui QS World Ranking yang berpusat di London.

We Nailed it!5 Star's for QS Rating

University Malaysia Pahang (UMP) has officially been ranked five stars for QS Stars Rating on 17 July 2018. QS Stars rating encompasses of assessment for eight categories namely Teaching, Employability, Research, Internationalization, Facilities, Innovation, Inclusiveness and Programme Strength.

130 Pasukan Berentap Rebut Juara Robotik NRC

Pekan, 20 Julai – Sebanyak 130 pasukan membabitkan 52 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini mengambil bahagian dalam pertandingan National Robotic Competition (NRC) Peringkat Negeri Pahang 2018 di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sasbadi Holding Berhad dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM).

UMP dan Leadworkz Group metrai MoA Lancar Program MandarIN 28

Pekan, 20 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Leadworkz Group of Companies (LW) menerusi Leadworkz Training Service Plt dan Leadworkz Media Sdn Bhd hari ini lancar Program MandarIN 28 yang menawarkan program  pembelajaran Mandarin yang memudahcara penuturannya dalam tempoh 28 jam sahaja buat pelanggan korporat daripada pelbagai agensi kerajaan, badan swasta dan industri dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam  Bahasa Mandarin.

UMP terima sumbangan 1.4 juta untuk Tabung Endowmen MyGift

Pekan,  18 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sebanyak RM1,401,174 menerusi hasil sumbangan zakat dan wakaf daripada badan korporat iaitu sebanyak  RM546,420. Manakala sebanyak RM854,754 berjaya dikumpulkan  atas inisiatif pelbagai jabatan di universiti ini bersempena Majlis Apresiasi MyGift yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP Pekan hari ini.

Program Motivasi Intensif QGen Beri Pendedahan STEM

Kuantan, 16 Julai – Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) dan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHEST) telah menganjurkan Kem Motivasi Intensive QGen 2018 yang diadakan di Cempaka Beach Resort, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Galak Mahasiswa Ceburi Bidang Keusahawanan

Pekan, 17 Julai - Mahasiswa yang masih lagi melanjutkan pengajian digalakkan menceburi bidang keusahawanan bagi melengkapkan diri dengan nilai tambah yang lain. Kerjaya itu dianggap sebagai satu bidang yang patut diceburi oleh mahasiswa walaupun tidak mempunyai kepakaran yang menyeluruh dalam usaha mengelakkan pengangguran.

Pendedahan Literasi Digital Didik Kanak-kanak Celik Teknologi

Pekan, 12 Julai- Penggunaan teknologi kini semakin  berkembang dengan pesat dan golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan  dalam menjadikan teknologi sebagai salah satu komponen penting yang diperlukan dalam pendidikan masa kini. Teknologi pada masa kini banyak memberikan  kesan kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Di samping itu, teknologi media mahupun pelbagai teknologi baharu banyak membantu meningkatkan kefahaman terhadap maklumat yang ingin disampaikan dan meningkatkan perkembangan pengetahuan dan literasi kanak-kanak.

UMP Rai Bakal Jemaah Haji

Kuantan,  13 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan 14 staf UMP yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Program berlangsung  di Dewan Bankuet,UMP Gambang baru-baru ini.