Skip to main content

UMP raih 19 pingat emas dianugerahkan ITEX Golden Award

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2021 - Universiti Malaysia Pahang ( UMP) rangkul anugerah ITEX Golden Award atas kejayaan meraih 19 pingat emas, sembilan pingat perak dan dua pingat gangsa dalam  Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2021 yang berlangsung Kuala Lumpur Convention Centre.

Anugerah disampaikan Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS), Tan Sri Augustine SH Ong kepada Profesor Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP sempena Malam Budaya Cipta 2021.  

Pingat emas diraih penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Ts. Norhaiza Ghazali dengan tajuk Eco-Coal Crete: Waste-Less Earth, Lively Life, penyelidik dari Kolej Kejuruteraan (KKEJ), Profesor Madya Ts. Dr Devarajan Ramasamy dengan kajian Bio-Hybrid Engine Coolant, penyelidik Pusat Sains Kemanusiaan (PSM), Profesor Madya Dr. Hasan Ahmad dengan tajuk G-Gel (Halal Gelatin Alternative from Gallus Gallus Domesticus Produced by Lactic Acid Treatment Metho) dan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Dr. Suriyati Salleh  dengan tajuk Go Green with Co-Torrefied Oil Palm (Co-Top) Pellet.

UMP raih 19 pingat emas dianugerahkan ITEX Golden Award

Penyelidik Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMP, Dr. Diyana Kamarudin dianugerahkan pingat emas bagi kajian Hear Me: Assistive Technology for The Deaf and Hearing Impaired. 

Beliau menghasilkan aplikasi Hear Me yang merupakan alat bantu mengajar buat guru dan pelajar yang mengalami masalah pendengaran untuk mempelajari Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT).  

Manakala penyelidik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, KKEJ, Ts. Dr. Mohd Azrul Hisham Mohd Adib turut menang pingat emas bagi kajian bertajuk Physio-Walker (Phywalk) for Cerebral Palsy Kids’.

Ciptaan ini membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang atau lebih dikenali sebagai Palsi Cerebrum (Cerebral Palsy). 

Sementara itu, bagi penyelidik, Dr. Ahmad Irfan Akmal Hisham dari PSM turut menang pingat emas hasil penyelidikan bertajuk “I-Mawaqit: Comparative Prayer Time Zone Calculator’ dengan mencipta I-Mawaqit iaitu merupakan kalkulator waktu solat pancatitik.  

UMP raih 19 pingat emas dianugerahkan ITEX Golden Award

 

UMP raih 19 pingat emas dianugerahkan ITEX Golden Award

Tutut sama dianugerahkan pingat emas adalah Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putrajaya, Dr. Syifak Izhar Hisham, Dr. Rajaletchumy Veloo Kutty, Dr. Mohd. Suhardi  Mat  Jusoh, Profesor Madya Ts. Dr. Aishah Abu Bakar, Dr. Noor Suraya  Romali, Profesor  Madya Ts. Ir. Dr. Kumaran Kadirgama, Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan, Profesor Madya Ir. Dr. Mohd Hafizi  Zohari,  Profesor Madya Ts. Dr. Abdulrahman Ahmed Alsewari dan Dr. Norida Ridzuan.

Dalam pada itu, menurut Profesor Dato’ Ts Dr Yuserrie, dalam era pandemik ini penganjuran ITEX kini beralih ke model hibrid pameran secara talian dan fizikal. 

“Namun situasi ini bukan merupakan halangan buat para penyelidik mempamerkan hasil kajian mereka. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan tahniah buat penyelidik UMP dan teruslah menghasilkan kajian yang berimpak. 

“Selain memastikan penyelidikan yang berkualiti, UMP memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang dapat memberi manfaat masyarakat dan komuniti dunia,” katanya.

Seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025 bertemakan ‘Teknologi Untuk Masyarakat’, UMP komited menggalakkan penghasilan pembangunan produk dan menyediakan penyelidikan melibatkan pihak industri dalam penghasilan teknologi aras tinggi yang akan memberi sumbangan kepada komuniti melalui ekosistem keusahawanan sosial (social enterprise).

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC) 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri