Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus


Info Sekitar Kampus

Pelajar UMP bakal pulang ke kampung secara berjadual sempena cuti semester

Pelajar UMP bakal pulang ke kampung secara berjadual sempena cuti semester

PEKAN, 11 Julai 2021 – Masa yang ditunggu-tunggu kini menjelang tiba apabila pelajar berpeluang pulang ke kampung halaman selepas menamatkan peperiksaan akhir sesi akademik 2020/2021 baru-baru ini.

Pelajar mula bercuti mulai Julai ini sebelum melangkah ke semester baharu pada bulan Oktober depan. Pergerakan pulang ke kampung ini merujuk kepada pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing bermula 12 Julai 2021.


Info Sekitar Kampus


Akademik dan Antarabangsa

Global Classroom temukan mahasiswa UMP dan Kansai University

Global Classroom temukan mahasiswa UMP dan Kansai University

KUANTAN, 30 Jun 2021 – Pengalaman menyertai Global Classroom antara mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Kansai University (KU), Jepun telah mencoret kenangan manis buat peserta apabila mereka bertemu dalam talian di Kansai University - Digital Transformation (KU-DX) Press Release yang melibatkan beberapa buah universiti antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Filipina, Taiwan dan Korea bersama wakil-wakil media dari negara Jepun.


Jejak Alumni

Pendedahan teknologi terkini dalam industri, alumni UMP jadi pilihan majikan

Pendedahan teknologi terkini dalam industri, alumni UMP jadi pilihan majikan

PEKAN, 12 Julai 2021 – Mahasiswa hendaklah sentiasa fleksibel dan bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya dalam mendepani norma baharu pandemik Covid-19.

Menurut alumni Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Muhammad Qusyairi Hashim, 30, beliau bertuah apabila berpeluang belajar dan menamatkan pengajian di UMP.

“Graduan UMP menjadi pilihan majikan disebabkan terdapat kombinasi antara kurikulum dan praktikal.


Rencana/Artikel Pilihan

Penggunaan elektrik secara efisien bantu kestabilan iklim jangka panjang

Penggunaan elektrik secara efisien bantu kestabilan iklim jangka panjang

Pada tahun 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah merekodkan peningkatan penggunaan elektrik di Malaysia secara mendadak dengan kenaikan di antara 20 hingga 40 peratus. Penduduk mula menggunakan elektrik domestik secara berterusan apabila perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19. Kini, PKP masih lagi diteruskan dan permintaan elektrik domestik dijangka akan terus meningkat.


footer pekan review ogos 2020