Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus

UMP siap sedia terima 6,334 pelajar kembali ke kampus

UMP siap sedia terima 6,334 pelajar kembali ke kampus

PEKAN, 16 September 2021 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersiap sedia menerima kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus bermula 15 Oktober ini membabitkan kumpulan pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus dan mereka yang sudah lengkap vaksinasi.

Ia akan dilaksanakan di kedua-dua kampus UMP di Pekan dan Gambang secara berperingkat selaras pengumuman oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.


Rencana/Artikel Pilihan

Pelajar pulang ke kampus dalam situasi Covid-19. Bersediakah kita?

Pelajar pulang ke kampus dalam situasi Covid-19. Bersediakah kita?

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada seluruh pelosok dunia dari aspek ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, gaya hidup, dan kesihatan mental. Pada 15 September 2021 sahaja, Malaysia telah mencatatkan jumlah kes aktif Covid-19 sebanyak 225,590. Langkah pencegahan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjarakan sosial telah memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan negara.


Rencana/Artikel Pilihan

Teknologi dron merevolusikan sektor pertanian, perladangan demi kelestarian sumber makanan negara

Teknologi dron merevolusikan sektor pertanian, perladangan demi kelestarian sumber makanan negara

Unmanned Aerial Vehicles (UAVs) atau dikenali dengan panggilan dron merupakan pesawat udara tanpa juruterbang yang dikendalikan dengan alat kawalan jauh oleh pengendali atau secara autopilot. Penerbangan dron yang menggunakan daya aerodinamik membolehkan ia dikawal pada jarak jauh dengan ketinggian dan kelajuan tertentu bergantung kepada jenis-jenis dron. Teknologi dron secara lazimnya sebelum ini sering digunakan dalam bidang ketenteraan, keselamatan, kajian saintifik, kejuruteraan, dan industri pembinaan.


Terbitan Terkini

footer pekan review ogos 2020