Skip to main content
UMP E-Newsletter

Akademik dan Antarabangsa

2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMP

Akademik dan Antarabangsa  2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMP   Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.   Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugera

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang. 

Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada graduan pada sidang pertama konvokesyen.

Akademik dan Antarabangsa  2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMP   Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.   Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugera
 
Daripada jumlah ini, seramai 63 orang merupakan graduan Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD), 172 orang graduan Sarjana, 1,713 orang graduan Sarjana Muda, 40 graduan Dwi Ijazah,  270 orang graduan Diploma, 221 graduan Sarjana Eksekutif, 52 orang Bacelor Eksekutif dan 242 orang graduan Diploma Eksekutif membabitkan sembilan fakulti dan dua pusat pengajian.

Akademik dan Antarabangsa  2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMP   Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.   Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugera

Manakala majlis menyaksikan jumlah graduan Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (264), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (203), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (299), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (307), Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (296), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (136), Fakulti Sains & Teknologi Industri (144), Fakulti Pengurusan Industri (183), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (191), UMP Advanced Education (515) dan Institut Pengajian Siswazah (235).
 
Daripada jumlah tersebut juga seramai 40 graduan dwi ijazah menerima dua ijazah serentak setelah menamatkan pengajian masing-masing. 

Akademik dan Antarabangsa  2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMP   Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang.   Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugera

Mereka merupakan graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik dan program Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif hasil program kerjasama UMP dengan Karlsruhe University of Applied Sciences, Jerman (HSKA). Manakala Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan hasil kerjasama Reutlingen University yang buat pertama kalinya bergraduasi pada kali ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim, universiti turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan (Elektronik) kepada mantan Pengarah Urusan Motorola Solutions Sdn. Bhd, Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap ketokohan, kewibawaan dan kepimpinan beliau.  
 
“Universiti amat menghargai manfaat besar hasil perkongsian pengalaman profesional dan sumbangan idea beliau sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan peranannya menjayakan CEO@Faculty Program kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Beliau turut tampil mendukung inisiatif wakaf dan endowmen pendidikan di UMP melalui platform MyGift dan kesungguhan dalam meningkatkan literasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pelajar sekolah,” katanya. 
 
Dr. Hari juga pernah menerima Anugerah CEO Terbaik, Anugerah CEO Paling Menyerlah dan Anugerah CEO Paling Aktif terhadap komitmen tinggi dalam menjayakan CEO@Faculty Program tersebut. 

Dalam pada itu, seramai 28 graduan menerima anugerah kecemerlangan universiti dan hadiah industri manakala tiga anugerah baharu yang diperkenalkan kali ini adalah   Anugerah Kecemerlangan BASF Petronas, Anugerah Kecemerlangan Soho Niaga dan Anugerah Kecemerlangan Setegap Ventures.


Info Sekitar Kampus

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Penganjuran Santai Seni Warisan pada 27 Oktober 2018 yang lalu menyemarakkan Ekspo Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) (ExpoConvo) tahun ini menjelangnya Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan diadakan pada 10 dan 11 November di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang. 

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Sambutan ExpoConvo ini turut membolehkan para pengunjung dalam kalangan keluarga graduan dan orang awam untuk mengenali UMP dengan lebih dekat, khususnya keunikan universiti ini dalam konteks program akademik dan pencapaian penyelidikan saintifiknya.

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Berlangsung buat pertama kalinya di Pekan River Front di bandar Pekan, penganjuran dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP ini menggabungkan acara permainan tradisional, pertandingan mewarna kanak-kanak, zumba dan persembahan kesenian yang menampilkan nyanyian dan tarian kebudayaan oleh mahasiswa UMP.
 

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi UMP merangkap Pendaftar, Abd Hamid Majid, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang, Norazlin Nordin, Dekan Pembangunan Pelajar UMP, Ts Dr. Mohamad Mat Nor dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Haji Safie, Pengarah Program Santai Seni Warisan 2018, Nur Ain Syazliana Mohd Adnan dan Pengarah Program Expoconvo 2018, Siti Aishah Darmawansyah.
 
Menurut Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir, pihaknya amat menghargai kerjasama pihak  Majlis Daerah Pekan dan agensi di Pekan yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya terhadap inisiatif-inisiatif yang berimpak tinggi kepada pembangunan sosioekonomi setempat.

Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

“UMP ingin berkongsi kegembiraan atas pencapaian cemerlang universiti. Jika sebelum ini kampus UMP menjadi antara mercu tanda utama daerah Pekan, kini warga Pekan boleh tambah berbangga kerana UMP baharu sahaja disenaraikan oleh QS University Rankings sebagai universiti teknikal terbaik di Malaysia dan juga antara 188 universiti terbaik di Asia.
 
“Selain diberi penarafan 5 bintang, UMP turut diiktiraf sebagai universiti teknologi yang paling pesat membangun di Malaysia. 

“Kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan antarabangsa  ini mampu meningkatkan lagi prestij UMP sebagai mercu tanda daerah Pekan yang pastinya menjadi kemegahan warga Bandar Diraja ini,” katanya.

Beliau mengharapkan usaha ini dapat mengeratkan hubungan baik antara warga UMP dengan masyarakat setempat selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 dengan tema ‘Memasyarakatkan Universiti’ serta mendekatkan mahasiswa dengan komuniti.
 
Menurut salah seorang pengunjung, Azwi Dalily Sulaiman, 34, dari Ketapang Tengah, program sebegini amat sesuai diadakan di Pekan kerana secara tidak langsung dapat memeriahkan kawasan Pekan River Front. 

“Selain itu juga program sebegini dapat membawa anak-anak meluangkan masa hujung minggu dengan pelbagai aktiviti bersama mahasiswa UMP” katanya. 
 
Manakala Pengarah Program Expoconvo 2018, Siti Aishah Darmawansyah pula berkata Expoconvo yang bertemakan ‘Recalling Memories’ pada tahun ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat selama sebulan sehingga menjelangnya kemuncak majlis konvokesyen nanti. 

“Antaranya aktiviti larian Black Night Run, Blush With Brush, Cake Deco Competition, Konsert Expoconvo’18, Santai bersama Da’i Syed, Kid Zone, Street Sciene @Galeri , Forum Gen-Y Health Talk dan STEM @UMP Competition.
 
Selain itu, terdapat juga gerai jualan, kaunter-kaunter perkhidmatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Tabung Haji, Ar-Rahnu, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk dikunjungi. 

Program ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti dan kemudahan yang disediakan. Kepada yang berminat atau mempunyai sebarang kemusykilan boleh hubungi  urus setia di talian 09-549 2545.

UMP E-Newsletter