Skip to main content

Kolaborasi UMP-UTHM Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan mangsa banjir di Batu Pahat

BATU PAHAT, 20 Mac 2023 - Seramai 100 orang sukarelawan UMP Kilau yang terdiri dalam kalangan pelajar dan staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta sukarelawan Prihatin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggerakkan Misi Bantuan Pascabanjir Johor 2023 di Batu Pahat baru-baru ini.

Ketibaan sukarelawan di UTHM disambut Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad.

Turut sama menyertai pasukan sukarelawan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
 

Kolaborasi UMP-UTHM Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan mangsa banjir di Batu Pahat

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz, sesuai dengan maksud KILAU iaitu Kreatif (K), Inovatif (I), Lestari (L), Agresif (A) dan Universal (U) para sukarelawan UMP Kilau giat menjalankan Misi Kesukarelawan termasuk aktiviti pascabanjir.

Kolaborasi UMP-UTHM Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan mangsa banjir di Batu Pahat

“Kerjasama ini sungguh bermakna dengan keprihatinan kita membantu dan menyampaikan sumbangan serta membersihkan rumah mereka walaupun terdapat beberapa lokasi masih dinaiki air,” katanya.

Sejak bencana menimpa, UMP menggerakkan Misi Sukarelawan Banjir dengan mengagihkan sumbangan Yayasan UMP di Kampung Teluk Hutan Lesung Tanjung Sedili Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Laksamana dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota, Kota Tinggi, Kampung Alai Mukim Gemereh Segamat dan Sekolah Kebangsaan Denai, Rompin.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz turut menyerahkan 2,000 sumbangan Yayasan UMP berbentuk set pakej makanan Ready to Eat melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMP Campus Pantry) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diagihkan bagi membantu mangsa banjir di sekitar Batu Pahat.

Kolaborasi UMP-UTHM Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan mangsa banjir di Batu Pahat

Turut menerima bantuan, mangsa banjir yang terdiri daripada staf UTHM dan pelajar UMP yang tinggal di Batu Pahat.

Dalam pada itu juga, sebanyak 200 Bakul Rahmah UMP-KPT turut diagihkan buat penduduk bagi meringankan beban mereka.

 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit