Skip to main content

4,083 graduan UMP bergraduasi dalam MKK Ke-16

KUANTAN, 6 Ogos 2022 - Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menyaksikan seramai 4,083 penerima graduan bagi tahun 2021 yang terdiri daripada graduan doktor falsafah dan sarjana (280), graduan sarjana muda (2,235) dan diploma (506) serta graduan UMP Advanced (1,062) menerima ijazah dan diploma masing-masing yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos ini di Dewan Kompleks Sukan, UMP Kampus Gambang.
 
Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 942 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran serta 24 anugerah dan hadiah kecemerlangan bersempena Majlis Konvokesyen yang berlangsung hari ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang graduan menerima dua ijazah dalam program Dual Ijazah UMP-HKA hasil kerjasama UMP dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) Jerman yang kini memasuki tahun ke-12 dengan memfokuskan bidang Kejuruteraan Automatif dan Kejuruteraan Mekatronik.

4,083 graduan UMP bergraduasi dalam MKK Ke-16

 
Dalam majlis ini juga, Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa akan menyampaikan ijazah kepada seramai 563 graduan pada sesi ketiga, 837 pada 7 Ogos 2022 (Ahad). 

Untuk sesi keempat melibatkan seramai 808 graduan disampaikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin pada 9 Ogos 2022 (Selasa) iaitu sesi kelima seramai 842 dan sesi keenam melibatkan seramai 654 graduan.
 
Katanya, pada kali ini juga terdapat tiga anugerah baharu hasil sumbangan pihak industri dan korporat iaitu Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Sukarelawan dan Tanggungjawab Sosial hadiah sumbangan YH Dato’ Ahmad Fuaad Kenali yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP.
 
”Hadiah Penyelidikan Pascasiswazah UMP sumbangan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Hadiah Kecemerlangan UMW Holdings Bhd.,” ujarnya yang mempengerusikan sidang media memperkenalkan penerima anugerah yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru-baru ini. 

Dalam pada itu, bersempena Ulang Tahun Ke-20 UMP pada tahun ini, terdapat 20 program disediakan sepanjang Ekspokonvo UMP bermula 5 hingga 9 Ogos 2022 di Dataran Canseleri UMP Kampus Gambang. 

4,083 graduan UMP bergraduasi dalam MKK Ke-16

Majlis Pelancaran Expokonvo 2022 akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah yang juga Ahli Parlimen Paya Besar pada 7 Ogos 2022 jam 4.00 petang.
 
Manakala terdapat pameran STEM dan Inovasi yang boleh dikunjungi orang ramai bagi membuka peluang kepada orang awam melihat kepakaran UMP ada di samping memperkenalkan Sains dan Teknologi kepada mereka khususnya para pelajar sekolah. 

Ia turut membantu pihak UMP dalam membangunkan UMP ke arah universiti yang unggul dengan Sains dan Teknologi terkini khususnya di kawasan Pantai Timur.
 
Selain itu bakal berlangsung Bicara HEPA bertajuk ‘Bina Negara dan Bangsa’ pada 8 Ogos 2022 jam 10.00 pagi yang menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman menyampaikan ucaptama. 

Program ini menampilkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Ts. D.r Mohd Rusllim Mohamed sebagai moderator manakala panel terdiri daripada Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Pengarah Akademi Pilihan Raya (APR), Norlinah Jamman dan Alumni UMP, Farrah Ain Madzlan. 

Para Usahawan empower ECER turut diberi peluang menyertai Ekspo niaga di tapak Ekspokonvo UMP.

Disediakan oleh Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit