Skip to main content

Pasangan graduan suami isteri berkongsi pentas konvokesyen

KUANTAN, 17 Mac 2022 - "Majlis Konvokesyen ini begitu bermakna buat saya kerana dapat menerima ijazah ini bersama-sama dengan isteri tercinta.

"Pada awalnya, kami tidak dapat bersama-sama menghadiri majlis ini, namun setelah mempunyai kekosongan pada sesi pertama, saya dapat juga menyertai isteri pada hari ini," kata graduan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-15, Muhammad Fat-hi Aljuwaini Pahrol, 27.

Fat-hi yang hadir bersama isterinya, Nur Fatihah Abd. Nassir berkata, ketika mengimbau kembali perkenalan dengan isterinya itu, mereka mula bertemu ketika menuntut di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA). 

“Pada waktu itu, isterinya sering menghubungi beliau terutamanya untuk bertanyakan mengenai perkara berkaitan dengan persatuan fakulti.

"Dari situlah kami mula berkawan dan memutuskan untuk meneruskan hubungan ini sehingga ke jinjang pelamin. 

Pasangan graduan suami isteri berkongsi pentas konvokesyen

“Hasrat ini turut direstui oleh kedua keluarga dan kami bersepakat untuk belajar bersungguh-sunguh demi mencapai kejayaan,” katanya. 

Tambahnya lagi, Alhamdulillah, hasrat ini tercapai apabila kami berjaya memperoleh ijazah yang diidamkan. 

“Isteri saya menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam manakala saya pula mendapat Sarjana Sains.

"Tambah menggembirakan lagi, kami berdua juga sudah bekerja dalam bidang masing-masing dan kami berharap supaya terus berjaya dalam mencapai cita-cita ini," katanya. 

Fat-hi dan Siti Nur Fatihah telah melangsungkan perkahwinan mereka setahun yang lalu selepas menamatkan pengajian di UMP.

Disediakan oleh: Shalfarina Shahriman, Penerbit UMP

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News