Skip to main content

Thanytt terima Anugerah Kecemerlangan Malakoff Corporation

KUANTAN, 17 Mac 2022  – Graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian, Thanytt a/l Pran Sek, 26, menerima Anugerah Kecemerlangan Malakoff Corporation Bhd. yang mula diperkenalkan pada tahun 2019 dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-15 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini.
 
Hasil kegigihan dan penat lelah, anak kepada Pran Sek a/l EE Chai dan Phani a/p Din Mi ini membuahkan hasil apabila meraih Anugerah Dekan dalam setiap semester dan berjaya menamatkan pengajian dengan PNGK 3.86.
 
Anak kelahiran Sik, Kedah itu berkata, cabaran terbesar buatnya adalah mencari keseimbangan antara kehidupan sosial dan pembelajaran.
 
“UMP memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar. 

“Tidak terlalu terikat dengan silibus pembelajaran dan ini membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kritis.

“Tambahnya lagi, UMP merupakan sebuah universiti yang bertaraf tinggi dan mempunyai pensyarah yang profesional seiring dengan penarafan yang diterima,” katanya. 
 
Selain itu, jelas beliau lagi, jangan berputus asa jika berdepan dengan masalah dan semuanya boleh dan akan berubah menjadi lebih baik. 

“Percaya pada diri sendiri dan terus maju ke hadapan,” ujarnya ketika menitipkan pesanan buat mahasiswa lain.
 
Thanytt yang kini berkhidmat di Daikin Refrigeration Malaysia Sdn. Bhd. berharap dapat terus membalas segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapanya nanti.
 
Beliau menghargai sumbangan anugerah ini dan mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan buat Malakoff Corporation.

Disediakan oleh: Siti Nurfarmy Ibrahim, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC) 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim