Skip to main content

Penyelesaian Masalah Pengoptimuman melalui Kecerdikan Kawanan

“Pengoptimuman adalah revolusi sebenar proses membuat keputusan”. Itulah bait tersohor yang diungkapkan oleh seorang saintis matematik terkenal Amerika Syarikat, George Dantzig (1914-2005). Secara harfiah, pengoptimuman ialah proses untuk mendapatkan suatu keputusan minimum atau maksimum terbaik tertakluk pada syarat-syarat yang tertentu. 

Memacu kecemerlangan UMPSA bagi melahirkan pakar rujuk bertaraf dunia

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dijenamakan semula kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasmi pada 30 Julai 2023 yang lalu. Penjenamaan semula itu tepat pada masanya apabila universiti kini berada di puncak kejayaan, bertepatan visinya iaitu Universiti Teknologi Terunggul. UMPSA merupakan salah satu universiti dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN). 

UMPSA melakar citra universiti gemilang

Tanggal 30 Julai 2023, penjenamaan Universiti Malaysia Pahang kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melakar sejarah baharu sebagai sebuah universiti yang cemerlang setelah melepasi tempoh dua dekad. Kejayaan ini merupakan sebuah citra yang terhasil berasaskan usaha yang berterusan demi menggapai sebuah kejayaan. Citra dalam hal ini bermaksud gambaran imej atau cerminan yang dipaparkan oleh universiti ini sebagai Universiti Teknologi Terunggul yang diiktiraf dan dikenali peringkat dalam dan luar negara. 

Perpustakaan UMPSA: Menelusuri Evolusi 21 Tahun

“Dalam kita ghairah membangunkan universiti, politeknik dan kolej komuniti, jarang sekali kita menekankan peruntukan untuk khutub khanah di universiti. Sedangkan di gedung inilah tersimpannya ilmu, pusat maklumat dan segala perkara yang menjadi khazanah kebijaksanaan sesebuah bangsa.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin 
Menteri Pendidikan Tinggi
22 Februari 2023 (Rabu)
Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya

Terpahat Dalam Kenangan: UMPSA Menangani COVID-19 (2020-2021): Satu Tinjauan Ringkas

Pada hari ini, negara boleh dikatakan telah mampu menarik nafas lega kerana wabak COVID-19 sudah agak reda walaupun secara amnya ia masih wujud. Tetapi disebabkan rakyat Malaysia telah mengambil langkah perlu seperti mengambil suntikan vaksin dan penjagaan kesihatan, maka kita dapat menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Pengalaman melalui COVID-19 semestinya berbeza antara individu, institusi dan badan-badan tertentu.

Belenggu Kecelaruan Kebimbangan Sosial (KKS) Dalam Kalangan Mahasiswa

Transisi dari pembelajaran dalam talian kepada pembelajaran bersemuka memberi impak yang sangat besar kepada mahasiswa masa kini. Perubahan ini memerlukan penyesuaian diri yang tinggi seperti berjauhan dari keluarga, menjadi mandiri, aktif bergerak untuk menghadiri kuliah, serta melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Transisi ini memerlukan penyesuaian diri yang baik dan sikap toleransi dalam diri mereka.

Subscribe to Experts