Skip to main content

Universiti sebagai tempat memupuk sifat kepimpinan – Nurul Maherah

KUANTAN, 17 Mac 2022 – Sifat kepimpinan perlu disemai di dalam diri individu agar dapat melahirkan insan yang berkeyakinan, bijak merancang dan mampu mendorong orang lain untuk melakukan sesuatu bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

Menurut Nurul Maherah Md Mansor, 25, terdapat banyak platform yang boleh dijadikan tempat untuk mengasah bakat kepimpinan ini termasuk mendapatkannya di universiti melalui latihan secara formal.

Prof. Madya Dr. Tan Suat Hian hasilkan produk Pro-GoLive: Multi-Probiotic

GAMBANG, 20 Mei 2021 - Penyelidik dan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Dr. Tan Suat Hian, 38, telah menghasilkan produk Pro-GoLive: Multi-Probiotic.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, produk ini paling baik dihasilkan menggunakan agen pengkapsulan iaitu maltodekstrin yang dikeringkan secara semburan pada 100 °C dengan kepekatan awal sel sebanyak 4 gram.  

“Proses ini mampu memberikan 40 peratus hasil produk yang dianggap tinggi.

Menyampaikan Ilmu Kepada Masyarakat: Tugas Istimewa Pensyarah

Umum mengetahui bahawa salah satu dari aspek penting dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah ialah untuk menjalankan penyelidikan. Aktiviti penyelidikan amat penting dalam bidang pengajian tinggi kerana ia mampu menambah baik ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang. Penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah boleh terdiri daripada penyelidikan berbentuk fundamental dan juga aplikasi.

Belon Hitam

‘Funfair’ atau pesta riang ria merupakan salah satu tempat yang paling digemari dalam kalangan kanak-kanak. Tidak terkecuali bagi Amir, dia juga turut suka pergi ke pesta riang ria. Ibu bapanya telah berjanji untuk membawa Amir ke pesta riang ria pada malam minggu nanti. Tiba hari yang dijanjikan, Amir kelihatan segak berbaju kemeja pendek berwarna biru dan berseluar jean berwarna hitam serta bertopi merah. Tiba di pesta riang ria suasananya sangat ceria, penuh dengan cahaya dari lampu yang berwarna-warni dan dipenuhi dengan pelbagai hiburan.

Assoc. Prof. Dr. Jaya Vejayan produces Bio-Root Tok Ali capsules

A lecturer from the Faculty of Industrial Sciences and Technology (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Associate Professor Dr. Jaya Vejayan a/l Palliah, 49, has been producing Bio-Root Tok Ali herbal capsules to boost stamina and fitness for men. 

Bio-Root Tok Ali is a herbal capsule with two active ingredients from the roots of white Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) and black Tongkat Ali (Polyalthia bullata). 

Subscribe to FSTI