Skip to main content

CIReL tawar program latihan tingkat pembelajaran dan pengajaran atas talian

Pekan, 27 Mac- Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program latihan pengajaran secara e-pembelajaran “Online Education Training” kepada pensyarah universiti bagi menyediakan platform pembelajaran (P&P) di atas talian  yang lebih baik.

Menurut Pengarah CIReL, Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin berkata, pihaknya mengadakan program secara maya melalui aplikasi “Zoom” yang dikendalikan oleh penceramah yang dilantik mengikut kepada bidang kepakaran masing-masing.

“Pensyarah perlu memilih pembelajaran alam maya sebagai alternatif kepada mod pembelajaran bersemuka  bersama pelajar walaupun ianya dilihat sedikit mencabar dan agak terhad. Selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan pada hari ini ianya dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran secara maya ,” katanya.

Walaupun dengan  keterbatasan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa pada ketika ini, ianya bukanlah menjadi satu alasan kepada kita  untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti yang bermanfaat terutamanya warga universiti.

Dengan kecanggihan teknologi pendidikan pada hari ini, banyak peluang dan pendekatan yang boleh diterokai  dalam  aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ketika inilah masa yang paling sesuai untuk warga universiti memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran di atas talian.

Beliau menyarankan agar semua warga UMP  mengambil peluang dalam pengunaan kaedah e-pembelajaran bagi P&P ini dengan sebaik mungkin. 

Seramai tujuh orang pensyarah yang terlibat dalam mengendalikan sesi latihan ini antaranya iaitu pensyarah Fakulti Komputeran yang terdiri daripada Ts Azman Abdullah, Ts Dr Awanis Rosli dan Dr. Mohd Zamri Osman. Manakala  dari Pusat Bahasa Moden ialah Dr Azwin Arif Abdul Rahim dan Muhammad Shafeirul Zaman Abdul Majid. Turut serta Dr. Muhammad Azrin Ahmad dari Pusat Sains Matematik dan Dr. Gan Leng Ming dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekatronik & Automotif (FTKMA).

Terdapat dua sesi kursus yang dibuka bukan sahaja kepada warga UMP malah kepada masyarakat luar. Sebagai contoh, program “Conducting Teaching & Learning: iPad dan “Loom & Microsoft Stream (Interactive video) sesuai untuk disertai pihak luar yang berminat.

Manakala  bagi pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Airin Abdul Ghani berkata, beliau telah mengikuti dua  sesi latihan itu  menganggap ianya amat membantu dalam pengajaran secara e-learning. Menerusi latihan ini beliau dapat meneroka ilmu baharu dalam bahan pembelajaran secara e-learning termasuk yang mempunyai ciri-ciri multimedia seperti audio dan video. Dengan pelbagai inovasi dalam dunia pendidikan kini berpotensi memacu pemikiran pengajaran secara kreatif.

Sepanjang sesi latihan dua hari lalu menyaksikan lebih 500 peserta yang telah mengikuti beberapa sesi latihan yang telah dijalankan. Ianya mungkin akan bertambah dari masa semasa dan pendaftaran awal boleh dibuat melalui https://forms.gle/sBoscWGZh3eQm7Lq5.

Disediakan oleh Nor Salwana Mohd. Idris daripada Unit Perhubungan Awam Pejabat Naib Canselor

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri