Skip to main content

KENYATAAN RASMI KRISIS COVID-19: PINDAAN TARIKH KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL KE KAMPUS PADA SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021

1.    Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Kemasukan Pelajar Secara Fizikal ke Kampus Pada Semester II, 2020/2021 bertarikh 2 Februari 2021 dan berkaitan pengumuman kerajaan mengenai pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negeri kecuali Sarawak sehingga 18 Februari 2021. Sehubungan itu, universiti telah bersetuju untuk membuat penyelarasan semula tarikh kemasukan pelajar secara fizikal seperti  berikut: 

KENYATAAN RASMI  KRISIS COVID-19:  PINDAAN TARIKH KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL KE KAMPUS  PADA SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021KENYATAAN RASMI  KRISIS COVID-19:  PINDAAN TARIKH KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL KE KAMPUS  PADA SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2020/2021

2.    Bagi pelajar kategori (xi), iaitu yang tidak mempunyai akses internet dan tidak mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian, pelajar boleh melengkapkan borang permohonan kembali ke kampus melalui link: https://forms.gle/QryLUxn2UFPADroA8 sebelum atau pada 7 Februari 2021. Pelajar boleh menghubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) di talian 09-424 5450 untuk mengetahui keputusan permohonan kembali ke kampus bermula 10 Februari 2021.

3.    Semua Kategori Pelajar perlu mengesahkan kehadiran melalui https://community.ump.edu.my>Sistem Pulang Ke Kampus yang akan dibuka bermula 8 Februari 2021 bagi tujuan penyelarasan kemasukan di universiti. Pelajar boleh memuat turun Surat Kebenaran Merentas Negeri apabila pelajar selesai mengesahkan kehadiran pelajar ke kampus.

4.    Bagi para pelajar yang memerlukan keterangan lanjut, pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan, UMP di talian 09-549 3333 (UMP Kampus Gambang) dan 09-424 6999 (UMP Pekan) untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat dan prosedur yang berkaitan. Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

 
Dikeluarkan oleh: 
Unit Komunikasi Korporat Pejabat Naib Canselor 
Universiti Malaysia Pahang
4 Februari 2021 
   
 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri