Skip to main content

Mahasiswa UMP kongsi kasih sayang bersama anak yatim

Kuantan, 13 April – Seramai 19 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP)   menganjurkan program ‘Spread The Love’ bertempat di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah, Sungai Isap Kuantan baru-baru ini.

Program yang dijalankan di bawah subjek Kokorikulum UQP2071 (Pengurusan Majlis Seksyen 1G) bertujuan untuk menyuntik semangat rajin belajar dan memberi motivasi kepada anak-anak di rumah berkenaan memandangkan terdapat dalam kalangan pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini.

Pengarah program, Muhammad Shafiq Alamin Shafia’I berkata, mereka berasa amat teruja kerana berpeluang serta dapat merasai pengalaman dalam menguruskan program bersama anak-anak yatim ini sekaligus dapat memberikan keyakinan dan motivasi agar mereka mensasarkan keputusan cemerlang dan berjaya ke menara gading.

“Program ini dapat membentuk semangat kesukarelawan yang tinggi dalam diri mahasiswa di samping dapat mengeratkan lagi ukhwah dan persaudaraan bersama penghuni di sini,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Jurulatih Pengurusan Majlis, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais yang juga merupakan Pengurus Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) berkata, melalui program ini, pelajar dinilai dari pelbagai aspek termasuklah terhadap pengetahuan, inovasi dan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah di samping dapat mencurahkan segala ilmu yang dipelajari dalam suasana yang sebenar.

Penganjuran kursus yang dilihat dapat memberi pendedahan serta pengalaman buat pelajar sekaligus dapat melatih para pelajar dalam menguruskan sesuatu majlis terutamanya bersama pihak luar di samping menaikkan lagi semangat buat penghuni rumah anak yatim dan fakir miskin dalam menjalani kehidupan seharian.

Disediakan oleh Siti Nurfarmy Ibrahim daripada Bahagian Komunikasi Korporat 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri