Skip to main content

UMP terima kunjungan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang

8 Februari 2023- Seramai 30 orang dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMI YT) Marang termasuk pengetua, guru-guru dan pelajar melawat ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Confucius Institute (CI).

Cik Fatin Zahirah pegawai eksekutif mengiringi delegasi SMI YT Marang melawat ke makmal di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif pada sesi pagi. Pelajar-pelajar SMI YT Marang melihat banyak peralatan eksperimen yang berbeza dan sangat berminat dengan eksperimen kejuruteraan di makmal UMP.

Pada majlis perasmian, Cik Yong Ying Mei, Pengarah CI dan Ustaz Wan Mohd Azman Bin Wan Abdullah, pengetua SMI YT Marang menyampaikan ucapan. Cik Yong mengalu-alukan kedatangan SMI YT Marang ke UMP Pekan dan memperkenalkan CI UMP dan menggalakkan pelajar belajar bahasa Mandarin dengan bersungguh-sungguh dan mengambil Ujian Kefasiihan Bahasa Mandarin (HSK) supaya mereka sambung belajar di UMP pada masa hadapan di bawah program dual ijazah UMP dengan BJTU dalam bidang kejuruteraan. 

8 Februari 2023- Seramai 30 orang dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMI YT) Marang termasuk pengetua, guru-guru dan pelajar melawat ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Confucius Institute (CI). Cik Fatin Zahirah pegawai eksekutif mengiringi delegasi SMI YT Marang melawat ke makmal di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif pada sesi pagi. Pelajar-pelajar SMI YT Marang melihat banyak peralatan eksperimen yang berbeza dan sangat berminat dengan eksperimen kejuruteraan di makmal UMP. Pada majlis perasmian, Cik Yong Ying Mei, Pengarah CI dan Ustaz Wan Mohd Azman Bin Wan Abdullah, pengetua SMI YT Marang menyampaikan ucapan. Cik Yong mengalu-alukan kedatangan SMI YT Marang ke UMP Pekan dan memperkenalkan CI UMP dan menggalakkan pelajar belajar bahasa Mandarin dengan bersungguh-sungguh dan mengambil Ujian Kefasiihan Bahasa Mandarin (HSK) supaya mereka sambung belajar di UMP pada masa hadapan di bawah program dual ijazah UMP dengan BJTU dalam bidang kejuruteraan.   Pengetua SMI YT Marang berterima kasih atas sambutan CI UMP dan mengatur lawatan kampus, memberikan taklimat HSK, dan menganjurkan aktiviti Bahasa dan budaya kepada pelajar-pelajar SMI YT Marang. Pengetua berkata, ibu bapa sangat menyokong target SMI YT Marang menghantar pelajar-pelajar sambung belajar di UMP dengan program dual ijazah UMP dengan BJTU dalam bidang kejuruteraan.  Beliau menggalakkan pelajar berusaha dalam Bahasa Mandarin dan lanjutan pelajaran di UMP dan di China dijadikan matlamat dari sekarang. Diharapkan pelajar-pelajar menjadi orang yang berjaya pada masa depan. Selepas majlis perasmian, Profesor Madya Zhang Ying pensyarah CI memberikan taklimat HSK. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian pada sesi taklimat. Pada sesi petang, CI UMP menganjurkan aktiviti bahasa dan budaya seperti menyanyi lagu Bahasa Mandarin, seni menggunting kertas, seni lukisan Cina dan pertandingan mengguna penyepit. Kesemua aktiviti bahasa dan budaya diajar oleh Profesor Madya Zh

Pengetua SMI YT Marang berterima kasih atas sambutan CI UMP dan mengatur lawatan kampus, memberikan taklimat HSK, dan menganjurkan aktiviti Bahasa dan budaya kepada pelajar-pelajar SMI YT Marang. Pengetua berkata, ibu bapa sangat menyokong target SMI YT Marang menghantar pelajar-pelajar sambung belajar di UMP dengan program dual ijazah UMP dengan BJTU dalam bidang kejuruteraan. 

Beliau menggalakkan pelajar berusaha dalam Bahasa Mandarin dan lanjutan pelajaran di UMP dan di China dijadikan matlamat dari sekarang. Diharapkan pelajar-pelajar menjadi orang yang berjaya pada masa depan.

Selepas majlis perasmian, Profesor Madya Zhang Ying pensyarah CI memberikan taklimat HSK. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian pada sesi taklimat. Pada sesi petang, CI UMP menganjurkan aktiviti bahasa dan budaya seperti menyanyi lagu Bahasa Mandarin, seni menggunting kertas, seni lukisan Cina dan pertandingan mengguna penyepit. Kesemua aktiviti bahasa dan budaya diajar oleh Profesor Madya Zhang Ying pensyarah CI, Cik Baiguanyi, Cik Zhang Xian dan Encik Wang Changwei, guru-guru Bahasa Mandarin CI UMP.

Selepas aktiviti-aktiviti, pelajar-pelajar SMI YT Marang gembira kerana berpeluang melawat ke UMP dan menyertai aktiviti-aktiviti bahasa dan budaya. Pelajar berkata aktiviti-aktiviti sangat menarik dan menunjukkan hasil karya mereka kepada guru-guru. SMI YT Marang berharap ada peluang kerjasama lagi dengan CI UMP pada masa depan.

Disediakan oleh: Yong Yong Mei, Confucius Institute (CI) UMP 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News