Skip to main content

Program Advokasi Kepenggunaan beri pendedahan kepada golongan B40

Kuantan, 20 Februari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Advokasi Kepenggunaan membabitkan penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan komuniti setempat dalam program yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan, UMP Kampus Gambang.

Pemangku Raja Pahang Lancar Jom Masuk IPT Zon 2 Pahang

Kuantan, 22 Februari - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  berangkat  menyempurnakan  program ‘Jom Masuk IPT’ Zon 2 Pahang anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah pada kali ini yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang. 

Insentif Pendidikan Yayasan UMP Buat Mahasiswa Baharu

Pekan, 7 Februari – Seramai 16 mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang hadir dalam sesi pendaftaran semester II Sesi Akademik 2019/2020  baru-baru ini layak menerima Skim Bantuan Insentif Pendidikan Yayasan UMP sebanyak RM 1000 setiap seorang bagi meringankan beban nahasiswa untuk persiapan mendaftar. Mereka yang terpilih ini adalah antara 438 mahasiswa yang mendaftar bagi kemasukan ambilan kedua UMP yang berlangsung serentak di kedua-dua kampus UMP di Gambang dan Pekan. 

Hasilkan 401 Produk Pertandingan CITREX Suburkan Budaya Inovasi

Kuantan, 13 Februari - Pertandingan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2020 yang masuk edisi kesepuluh penganjurannya menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai medan galakan dan penyuburan budaya inovasi dalam kalangan para penyelidik sama ada staf akademik mahupun mahasiswa bukan sahaja dari  UMP malahan termasuk penyelidik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia  (RUTM), Kolej Politeknik MARA, Pusat Latihan Teknologi Tinggi dan institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.
 

Subscribe to General