UMPSA hargai dan kenang jasa pesara
PEKAN, 18 Disember 2023 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hadir menyampaikan sijil penghargaan dan persaraan kepada Pengurus Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Hajah Sabarehan Haji Ismail.
Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan dan persaraan kepada pasangan Allahyarham Mustafa Kamal Daud, iaitu Siti Murzalina Sh Murad.
Allahyarham Mustafa Kamal Daud telah kembali pada rahmatullah pada 3 September 2023.