Skip to main content

UMP, TT Vision Technology Sdn. Bhd. jalin kerjasama bidang Kejuruteraan dan Teknologi

BAYAN LEPAS, 2 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Syarikat TT Vision Technology Sdn. Bhd. dalam memperkukuhkan kerjasama strategik universiti-industri. 

Program menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin menandatangani MoU mewakili UMP manakala TT Vision Technology Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Goon Koon Yin. 

Turut sama pada majlis ialah Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Faiz Mohd Turan,

Menurut Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli, MoU  ini bakal  mengukuhkan lagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan pembangunan modal insan. 

“Ia dapat dilaksanakan melalui penempatan latihan industri kepada pelajar program Ijazah Teknologi Kejuruteraan di UMP,” katanya. 

“Semoga kerjasama ini dapat membuka peluang kedua-dua pihak dalam mengadakan penyelidikan dan perkongsian kepakaran dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi,” ujarnya. 

Disediakan Oleh: Dr. Radhiyah Abd. Aziz dan Nadira Hana Ab Hamid, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) 

Reports by:
Admin UMP News