Skip to main content

Mengenali Penyakit Penyebab Kematian Masyarakat Malaysia Di Awal Kemerdekaan

Sejak akhir-akhir ini kita telah didedahkan kepada penularan wabak virus COVID-19 yang menyebabkan kematian penduduk di seluruh dunia. Penularan wabak penyakit ini telah menimbulkan ketakutan masyarakat termasuklah negara Malaysia. Sesungguhnya penularan wabak penyakit ini bukanlah suatu yang baru dalam masyarakat. Ia telah lama wujud dalam persekitaran masyarakat yang belum mengetahui tentang bahaya sesuatu penyakit serta tatacara menjaga kebersihan diri dan alam sekeliling. Penularan wabak penyakit sememangnya berbeza mengikut masa dan keadaan.

Budayakan Sikap Menyelidiki Kesahihan Berita Dalam Diri Dan Keluarga

               Kesan daripada perkembangan teknologi, muncul pelbagai bentuk media komunikasi baharu pada hari ini seperti di media sosial seperti facebook, what’s app, instagram, twitter dan lain-lain. Kemunculan pelbagai media ini mendatangkan kebaikan kepada manusia di samping tidak kurang juga mendatangkan keburukan. Salah satu keburukannya ialah timbul dengan begitu mudah pelbagai fitnah dan berita-berita palsu serta ia boleh tersebar dengan begitu cepat.

Beza antara Alkohol dan Arak

           Dalam suasana seluruh dunia termasuk negara kita dilanda wabak Coronovirus 19 (Covid-19), hand sanitizer digunakan secara meluas oleh ahli masyarakat di pelbagai tempat khususnya di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid-masjid juga disarankan untuk menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan ahli jemaah.

Subscribe to PSK