Skip to main content

UMP tuan rumah Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022

KUANTAN, 23 Oktober 2022 – Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan yang berlangsung di padang bola sepak Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang baru-baru ini. 

Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang disertai pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kolej Profesional MARA Beranang (dua pasukan), University College TATI, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (dua pasukan), Sekolah Sukan Negeri Melaka dan UMP.

UMP tuan rumah Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari tu menobatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku juara sulung bagi edisi pertama kejohanan dengan menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang A (SSMP) di tempat kedua. 

UMP tuan rumah Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022

UiTM membawa pulang RM4,000 dan piala manakala SSMP A pula meraih RM3,000 dan hadiah iringan.

Sementara itu, pasukan tempat ketiga, UPNM menerima RM2,000 manakala UPSI di tempat keempat terbaik dan membawa pulang RM1,000.

UMP tuan rumah Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022

Pemenang Anugerah Khas Karnival Bola Sepak 7's Wanita IPT 2022 dimenangi oleh Nur Syafiqah Zainal Abidin (UiTM) yang meledak dua gol dalam perlawanan itu dan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 gol.

Hadiah disampaikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Pekan Ramli dan Pengarah Pusat Sukan Kebudayaan UMP, Aznorizamin Haji Ismail.

Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri