Skip to main content

UMP berada di landasan yang tepat hasil graduan kompeten

PEKAN, 3 Julai 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di landasan yang tepat dalam menghasilkan graduan TVET yang mampu menyumbang terhadap pembangunan negara. 

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang hadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam lawatan kerja ke kampus universiti di Pekan berkata, UMP telah mendahului dan mempunyai perancangan dalam meningkatkan peratusan pelajar yang mengikuti pengajian TVET. 

UMP perkasa Agenda Transformasi Digital Program TVET melalui kerjasama strategik bersama AspenTech

Mendepani era digitalisasi, kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif bagi memacu transformasi digital negara. Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD) misalnya menyasarkan peningkatan jumlah tenaga mahir daripada 18 peratus kepada 35 peratus menjelang 2025. Manakala, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menggariskan matlamat negara untuk berubah menjadi negara maju dipacu teknologi digital dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital menjelang 2030.

UMP diiktiraf hab bidang Automotif TVET

SHAH ALAM, 17 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima watikah pelantikan TVET Collaboration Hub dalam bidang Automotif melalui Centre for Automotive Engineering UMP yang diiktiraf sebagai hab bidang Automotif sempena Majlis Penutup Minggu TVET Negara 2022 sebagai usaha merealisasikan agenda TVET di negara pada masa ini.

Subscribe to TVET