Skip to main content

UMP raih pengiktirafan lima bintang QS Stars

KUANTAN, 30 Julai (Bernama) ? Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan mencapai penarafan lima bintang keseluruhan terbaik berdasarkan Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 yang dilakukan oleh QS Inteligence Unit baru-baru ini.

Pengiktirafan yang diberikan oleh organisasi pengauditan universiti berpusat di London itu, menjadikan UMP satu-satunya universiti teknikal di Malaysia yang mengungguli pencapaian berkenaan bersama lima universiti penyelidikan lain di negara ini seperti Universiti Malaysia (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UMP).

Author
azwin