Skip to main content

Kolaborasi Geran Penyelidikan (CRG) UMP-UTHM-UMK-UUM

PEKAN, 26 September 2022 - Majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menyaksikan jalinan kerjasama erat melibatkan penyelidik universiti dalam bidang akademik, penyelidikan dan perundingan. 
 
Hadir dalam program yang diadakan secara dalam talian itu adalah Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli. 
 
Manakala mewakili UTHM, Naib Canselornya, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, UUM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah, dan UMK diwakili Naib Canselornya, Profesor Dr. Razli Che Razak.

Kolaborasi Geran Penyelidikan (CRG) UMP-UTHM-UMK-UUM

Jalinan kerjasama ini digerakkan di bawah geran kontrak Collaborative Research Grant (CRG) yang, melibatkan kajian yang dijalankan selama setahun.
 
Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie,  dengan kepakaran  dan kerjasama strategik empat buah universiti ini, ia mampu untuk meningkatkan lagi lebih banyak kejayaan untuk projek-projek lain yang berimpak tinggi dan membuka lebih banyak peluang serta penerokaan kepada bidang-bidang lain yang berkaitan.
 
“Dalam program  ini, UMP bakal berkolaborasi dalam melaksanakan projek bertajuk ‘Assessing Happiness Level In Relation To Productivity Among Universities Employees During Pandemic’. 
 
“Projek ini akan mengkaji pandangan mengenai konsep kegembiraan dan produktiviti masing-masing dalam melaksanakan pekerjaan. 

“Selain tu, adalah bagi mengenal pasti  impak kegembiraan terhadap produktiviti kerja dalam kalangan warga kerja universiti,” katanya. 
 
Dalam pada itu, kajian ini bakal mencadangkan penambahbaikan terhadap dimensi kegembiraan dalam kalangan warga kerja universiti supaya produktiviti kerja dapat ditingkatkan. 
 
Kajian itu diketuai oleh Dr. Lee Chia Kuang  dengan beberapa orang penyelidik dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI) iaitu  Dr. Mohd Hanafiah Ahmad, Profesor Madya Dr. Puteri Fadzline Muhamad Tamyez, Dr. Muhammad Ashraf Fauri@Fauzi, Dr. Ahmad Huzaimi Abd Jamil dan Profesor Madya Dr. Goh Kai Chen (UTHM). 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit