Skip to main content

UMP meterai MoU dengan CPSC tingkat kebolehpasaran lulusan TVET

MANILA, 13 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP)  jalin kerjasama dengan pihak Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) di Filipina yang merupakan badan penyelaras pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik.

Kolaborasi ini memberi ruang dalam meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE) lulusan TVET UMP melalui beberapa strategi nilai tambah ke arah mendapatkan pengiktirafan sebagai institusi pendidikan tinggi TVET peringkat global. 

UMP diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan  Penolong Naib Canselor Bahagian Pembangunan TVET, Profesor Dr. Abdullah Ibrahim. 

UMP meterai MoU dengan CPSC tingkat kebolehpasaran lulusan TVET

Manakala CPSC diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Profesor G.L.D. Wickramasinghe, Pakar Fakulti Kanan, Dr. Mian Khuram Ahsan dan Penasihat Fakulti, Dr. Kesavan Ulaganathen.

Menurut Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie, pertemuan itu juga menyaksikan pelaksanaan TVET melalui perspektif yang berbeza daripada beberapa buah institusi TVET. 

UMP meterai MoU dengan CPSC tingkat kebolehpasaran lulusan TVET

“Melalui kunjungan ini, UMP berpeluang mengadakan perbincangan yang antara lain termasuklah laluan bagi mobiliti pelajar, sangkutan staf, latihan industri, dan latihan staf,” katanya. 

Turut sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Profesor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Profesor Dr. Mahadzir Ishak dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal. 

Selain itu, lawatan ini turut bakal merealisasikan usaha UMP dalam memperkasa pelaksanaan program TVET di samping dapat meningkatkan kecekapan dan keupayaan tenaga pengajar untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit