Skip to main content

150 sertai Seminar Wanita Profesional 2023

KUANTAN, 9 November 2023 - Seramai 150 peserta dalam kalangan wanita menghadiri Seminar Wanita Profesional 2023 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peranan wanita demi menjaga keharmonian, kelestarian keluarga dan ummah.

Program sehari itu menampilkan penceramah-pencermah hebat yang terdiri daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dr. Aznita Iryany Mohd Noor yang menyampaikan tajuk ‘Wanita dan Risiko Kanser’.

Warga UMP perlu contohi kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam pengurusan organisasi

PEKAN, 11 November 2022 – Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) diseru mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah SAW dalam pengurusan organisasi dan keluarga. 
 
Menurut tokoh agamawan yang tidak asing lagi di dalam dunia dakwah di Malaysia, Dato’ Badli Shah Alauddin dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M Peringkat UMP baru-baru ini, jadikan kehebatan dan ketinggian akhlak Rasulullah SAW yang berjaya dengan hanya tempoh 23 tahun dalam konteks pengurusan organisasi dan mengubah bangsa. 

Cabaran Pendakian Da’i Belantara ke Puncak Langsir

Dungun, 26 September 2020 – Setelah melalui sepuluh jam pendakian, seramai 19 pendaki yang terdiri daripada 16 peserta  dan tiga petugas berjaya tiba di Puncak Langsir, Dungun tepat jam 8 malam pada ketinggian 2,628 kaki dalam Program Kembara Alam anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini.
 

Hargai masa dan kesejahteraan kehidupan

Kuantan, 2 April – Penularan wabak Covid-19 secara global telah banyak memberikan kesan kepada seluruh penduduk dunia secara amnya dan tidak ketinggalan juga kita yang berada di Negeri Pahang secara khususnya terutama pelajar yang masih berada di UMP dan sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini di kampus Gambang dan Pekan.

Sumbangan Tabung MyGift UMP Semarak Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) bakal menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan penganjuran Festival Ramadan bermula 15 Mei hingga 13 Jun depan dengan pengisian Solat Tarawikh, Tadarrus dan Iftar Jamaie. Aktiviti lain termasuklah program Memasak Bubur Lambuk, Anda Tanya Ustaz Jawab “Ramadan datang bersediakan kita”, Singgah Mesra “Ibrah Sinar Mualaf”, Kuliah Dhuha : Mengejar Lailatul Qadar, Seminar Nuzul Al- Quran dan banyak lagi.

Subscribe to PIMPIN